Ya... saya akui tajuk diatas memang tidak bertamadun dan tidak harus diletakkan sebagai tajuk entri blog saya.
Sekadar menggalakkan anak-anak membiasakan diri dengan dunia IT, saya menyokong bila saja Alyssa Sofea menyatakan hasrat untuk membuka akaun dengan MySpace sejak awal tahun ini. Ya, selain membiasakan diri dengan komputer, saya kira Alyssa akan dapat memperluaskan rangkaian sahabat beliau di alam siber.
Kemudian, saya mempelajari tentang hampehnya MySpace terutama dari segi kualiti ahli dan sekuritinya yang boleh dipertikaikan. Saya tidak begitu ambil pot tentang ini terutama bila mendekatkan diri (dan seterusnya melekat) dengan Facebook. Saya pernah menulis tentang ini dalam entri 'Perang BukuMuka Dan RuangAku' tidak lama dahulu.
Namun pada malam ini, saya marah, begitu marah bila mendapat tahu MySpace Alyssa telah dicerobohi oleh pelacur kecil yang tidak bertanggungjawab. Pelacur kecil ini telah memadamkan semua info, gambar dan segala macam yang telah di upload oleh Alyssa sejak berbulan sudah. Malah foto profil juga telah diganti dengan foto pelacur kecil ini, yang dengan bangganya saya sertakan di sini.
Now! Saya tahu ada kemungkinan bahawa gadis dalam foto ini juga sebenarnya telah dianiaya. Mungkin orang yang mendajjalkan diri 'hack' MySpace Alyssa juga telah 'hack' MySpace gadis ini. Namun tujuan utama saya menulis begini dan disebarkan secara meluas ialah supaya IBUBAPA GADIS INI DAPAT TAMPIL BERSEMUKA DENGAN SAYA.
Ini perlu untuk saya mendapat penjelasan --- sama ada kenapa pelacur kecil mereka ini 'hack' MySpace anak saya atau bagaimana foto anak mereka boleh dihubungkait dengan insiden ini. Andainya anak mereka tidak bersalah atau dianiaya, saya akan melakukan permohonan maaf terbuka di blog ini, di grup-grup Relexjap dan Bandar Utopia serta memadamkan entri ini sepenuhnya.
Namun kiranya terbukti anak anda melakukannya, saya harap anda dapat jalankan tanggungjawab sebagai ibubapa. Atau mungkin anda lebih rela dilabel 'ibubapa dungu'.
Jadi sekiranya ini anak anda (atau anak kenalan, anak saudara dan seumpamanya) sekali lagi, sila hubungi saya secara terus di asrulmm[at]yahoo[dot]com.
Mungkin bagi sesetengah anda, insiden ini adalah kecil atau kebudak-budakan. Namun saya amat pantang bila saja sesuatu yang dipunyai saya atau keluarga dirobek-ceroboh seperti ini. Tidak kiralah sama ada ianya sesuatu yang remeh seperti MySpace sekalipun.
Di sini juga saya ingin mengumumkan bahawa saya akan menutup terus akaun MySpace saya mulai Julai 2008 ini. Insiden ini mengiyakan lagi bahawa MySpace hanyalah untuk budak ingusan yang masih mentah.


16 comments:
sungguh anda kurang sopan melancarkan kata nista serta berbaur orang yang kurang siuman lagaknya hanya kerana myspace anak anda di 'maklumkan' kene hack gan si penjenayah kerdil...
saya alu-alukan kecerdikan si penjenayah kerdil ini yang bisa memuntahkan api kemarahan sang bapa yang tiada berotak..sesuka hati memanggil anak sipolan serta mempamerkan gambarnya sekali...
cubaa anda renungkan jika anak anda di panggil pelacur dan isteri anda serta ibu anda...bagaimanakah amarah anda lagaknya...sesungguhnya anda ini terlalu cetek pemikiran sehingga sanggup mengambil initiative...memuntahkan kemarahan anda hanya kerana santaian hiburan myspace yang tiada Quality seperti yang anda maklumkan itu...
so lame...and so funny as an adult like you imposing a father figure but yet so beanie brainer...
mcm org takde pedoman hidup...tak berpegang pada ajaran islam lagaknya bertelagah hanya kerana myspace di hack...
anda berlagak seperti ibu-bapa dungu...itu sebenarnya
kalau membaca komen ini anda marah...maka mmg sah anda ini cetek pemikiran...
I knew deep inside you will definitely delete my comment as you have face value to save upon...good luck...lah
Saya dah balas komen STK dalam Bhg II siri ini
Di sini juga saya ingin mengumumkan bahawa saya akan menutup terus akaun MySpace saya mulai Julai 2008 ini. Insiden ini mengiyakan lagi bahawa MySpace hanyalah untuk budak ingusan yang masih mentah.
Budak hingusn yg masih mentah pong pandai gak hacking anak u punye myspace... anyway kalo semua org jadi cm u.. yg so over d tak mentah.. kiamat lah donia nih.. anyway kalo nk delete delete lah... daaaaaaaaaa
zamjulaina... perkataan-perkataan yang awak guna dalam komen awak memang lawak. Jadi saya takkan delete, maintain jer sebagai lawak antarabangsa
ffutit's ok if you want to delete my comment...really...I really do not like sitting there all alone...so lonely...
really I don't mind at all ikhlas...delete it...I'm open to anything under the twilight zone...hehehehhe
let bygone be bygone...I just love being provocative...and carik pasal...
alamak 'ffutit's' tu not suppose to be there...nak boh komen awat dia dok menempel kat komen den...citt cilakak tui...blogspot nih...hahahhahaha
suppose to be 'it's ok'....uwahahahahhaha tergelak pulak mlm mlm buta terik hahahahahha
Tu lah STK... I cuma heran laa... pegi blog u, kutuk I. Datang blog I... errr... dah sure punya kutuk I, kan? Hikhikhikhik...
I hope they could focus! Focus!
Nak kutuk kutuklah... cuma kalau boleh celah2 kutuk tu selitlah facts sikit... ciput pun takper. Bukan kutuk merapu raban.
Kalau nak kutuk atau bagi komen pasal I or my writings, datang sinilah... apa dok letak komen kat blog orang lain lak... hikhikhikhik...
Actually, provocative writing is interesting, especially if you want 'to get things done' :)
Oh... no... I'm not going to delete your comments on this entry... hikhikhik (anyway... as I've written, I've promised, when I manage to settle this amicably, I'd delete this entry entirely)...
Assalaamuala'ikum ... Fuhhhhhh ! Nasib baik kamu semua tak melacurkan persaudaraan bloggers.
Biasaklah .... Klau ayat panas seronok sikit baca dan berbalas-balas tembakan, dah letih, dah puas, bersenyuman-senyuman. ;D
Salam Fairuz... lama tak nampak...
Persaudaraan bloggers ni macam adik beradik... bergaduh jerit-jerit lepas tu baik balik... :)
setalah baca entry tuan, saya boleh katakan bukan tajuk yang tidak bertamadun tetapi adalah sebaliknya.
sebagai ayah sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memberikan alternatif kepada anak jika mereka
berhajat membuka akaun dengan mana-mana blog atau portal percuma di internet. sebagai seorang yang matang dalam selok-belok internet, tuan perlu proaktif dengan melakukan kajian awal terhadap komuniti MySpace sebelum menyokong anak tuan.
Aspek pemantauan amat penting kerana anak tuan masih muda dan
mentah dalam berfikir dan bertindak. Mungkin tindakan beliau
telah mengusik keselesaan orang lain. Pihak tersebut telah
bertindakbalas terhadap anak tuan.
Mungkin juga tindakan tersebut
lebih kepada serangan peribadi terhadap tulisan-tulisan tuan
yang terdahulu. Who knows?
Saya cuba bayangkan kepuasan penceroboh tersebut bila membaca
penulisan tuan kali ini. Betapa kemarahan tuan tidak dapat dikawal
setelah berlaku pencerobohan terhadap MySpace anak tuan.
Sebelum letak kesalahan pada budak kecil dan ibubapanya, tuan
perlu mencari penggodam sebenar. Saya berpendapat budak kecil,
ibubapa dan penggodam tersebut adalah entiti yang berbeza.
Langkah penggodam adalah sentiasa beberapa tapak di hadapan.
Jika tuan ingin benar mencari punca sebenar angkara ini cara terbaik adalah dengan melaporkan kepada polis, buat salinan laporan polis dan panjangkan aduan kepada Mimos.
Saya amat bersimpati dengan kekecewaan tuan terhadap MySpace.
Terima kasih Silverferio. Comments noted :)
Akaun Myspace saya pun kena hacked 2 kali. Pas tu terus saya delete... sebab banyak naw perverts nak menjual diri mereka kepada saya.
Adik kecit saya pulak sibuk berMyspace. Alahai... tak terpantau kan. Dah larang tapi bingai. Tskkk... mampu nasihat je lah
Anyway, I understand your disappointment but labelling the lil hacker and her parents wudn't solve anything.
Just my 2 dirhams.
-Saya yang missed gambar itew!-
Kakak Tiri... komen diterima. Syukran!
Hahahaha... ada pulak yang nak menyamar ek???
On second thots, how sure are you that Alyssa's page was hacked by the poor lil girl herself?
Eloklah kita selidik dulu sebelum berburuk sangka.
I sendiri pun kengkadang lupa dan suka berburuk sangka. Tak baik kan.
Kakak Tiri... ada sebab-sebabnya yang lain namun saya tak akan menggariskannya di sini. Saya pun faham dengan masalah sekuriti alam siber. Dan saya juga bukanlah jenis serkap jarang kalau tiada bukti jitu. Walau bagaimanapun, objektif saya menulis sedemikian telahpun tercapai.
Post a Comment