Sebenarnya saya berhasrat untuk mengkhabarkan berita ini lebih awal, tapi... hmmm... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan!
Dengan tidak semena-mena, MacBook kesayangan yang saya begitu gah-gahkan sejak memilikinya awal Januari 2008 dahulu, tiba-tiba buat hal. Nasib baiklah khidmat pelanggan Apple Inc merupakan antara yang terbaik di kalangan industri I.T. Dengan waranti 12 bulan yang masih sah, sebarang pertukaran alat ganti (atau pertukaran keseluruhan unit) adalah percuma dalam tempoh ini.
Apa yang tak kena dengan MacBook saya ini? Cukuplah dinyatakan bahawa selepas ini saya akan berfikir banyak kali sebelum membiarkannya 'switched on' 72 jam tanpa henti ataupun menggunakannya di atas katil, tak kiralah betapa 'tempting' ianya berkemungkinan.
Kemudian saya diserang oleh sakit gusi yang teramatlah membengongkan. Mungkin kerana keadaan cuaca yang begitu meruap sekarang. Peliknya, sakit berkenaan boleh 'bergerak-gerak'. Mulanya di sebelah kanan atas. Bila dah disapu krim, ia 'bergerak' pula ke sebelah kanan bawah. Dan seterusnya. Akhirnya mulut saya dipenuhi aneka rasa dari Listerine hinggalah ke air garam.
Jadi apatah mender 'khabar berita' yang dimaksudkan?
Secara ringkas, saya diminta oleh Encik Jaafar Taib, Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd untuk kembali menulis ke Gila-Gila. Hasilnya, setelah beberapa tahun menyepikan diri sejak siri 'Dari Sik Ke Stoke, UK' dan 'Peee-Seee', saya kembali menulis ke Majalah Humor Nasional tersebut dengan kolum baru bergelar 'Aiseymen! Asrul'.
Kali ini subjeknya lebih umum (dan lebih matang, saya kira) berbanding kolum sebelum ini. Biasalah... umur dah makin lanjut, kan... ahaksss!!!
Jadi kepada yang berminat mengikutinya, dapatkan majalah Gila-Gila isu Mei 2008 (Bil. 687) dan seterusnya!
2 comments:
Ade lagi ke Majalah Gila-gila nie? Wah dah bertahun dah tak baca
Saya ingat Gila-gila nie, almaklum dulu mana ade Astro... Lipat Lepat, Ayob anak tulakang, Perwira Mat Gila, Kerengge, Reggie Lee, bla..bla..bla...
Macam-macam idea ade.. tapi memang gila-gila ade pengaruh MAD
Azrul .. aku dah tgk kat Gila-gila, selama 5 Saat (sebab kat 7 Eleven), duit kurang utk nak beli.
Tak nak komen2 apa, cuma nak minta bg salam kat Layout Designer, cakaap kat dia aku mungkin boleh sakit mata baca artikel ko tu.
Paduan warna yg fail bagi aku.
Org lain x tahulah ..
Teruskan menulis bro ..
Menulis Demi Cinta !
Post a Comment