Thursday, May 29, 2008

Samseng-Samseng Keparat, Eh... Korporat!

TERBARU!
Petikan dari The Malay Mail, 29/05/08:

“If I want to build a fence in my own home, what is wrong? There is no need for thugs. Now, my own neighbours are the ones trying to tear the fence down. ‘Mana boleh?’ (How can this be?) It has to be fair” - Zainal Abidin Ali, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Hal Ehwal Korporat, Grand Saga Sdn Bhd.
Memang tak ada salahnya. Tetapi kalau pembinaan pagar itu menghalang jalan si jiran untuk keluar masuk dan hanya untuk kepentingan pembina itu semata-mata, tiada sebarang 'adil'nya di sini dan jiran itu berhak meruntuhkannya.

Kenyataan retorik dangkal yang datangnya dari seorang berjawatan 'PENGARAH EKSEKUTIF'. Saya agak terkejut. Baik pergi jual popia di pasar malam Sungai Long lah kawan... :)

****************************

Sebelum tembok konkrit diruntuhkan, jangkamasa perjalanan dari Bandar Sungai Long ke Lebuhraya Cheras-Kajang selenggaraan Grand Saga mengambil masa 15 minit pada waktu-waktu puncak.

Selepas tembok konkrit diruntuhkan, jangkamasa perjalanan adalah kurang dari 5 minit.

Benar, tembok asal di jalan masuk Bandar Mahkota Cheras telahpun ada sejak tahun 2005 namun penduduk tidak dapat melakukan apa-apa di sebabkan 'campurtangan' menteri bertanggungjawab ketika itu yang jelas menyebelahi pemegang konsesi ini.

Lagipun pada tahun 2005, jumlah penduduk di Bandar Mahkota Cheras masih rendah kerana kebanyakan fasa kawasan perumahan ini belum siap! Jadi masalah seperti kesesakan trafik tidak wujud ketika itu.

Namun dengan peningkatan jumlah penduduk Bandar Mahkota Cheras sejak tahun 2005, mereka terpaksa menggunakan hanya satu jalan keluar masuk secara kongsi dengan penduduk Bandar Sungai Long dan Taman Rakan yang telah sedia ada sebelum tahun 1997 lagi.

Tersenyum seketika melihat residen Bandar Mahkota Cheras bergotong-royong merobohkan tembok konkrit yang dibina Grand Saga untuk menghadang jalan alternatif ke kawasan perumahan tersebut semalam.

Faham sangat dengan kerenah syarikat konsesi lebuhraya sebegini. Dengan adanya jalan pintas yang terletak kurang 400m dari plaza tol mereka, ini bermakna kuranglah jumlah nombor dalam penyata untung rugi mereka kelak.

Ini seakan Deja-Vu terhadap kerenah manipulasi 'kawan seangkatan' Grand Saga ke atas penduduk satu lagi kawasan perumahan di Petaling Jaya sekitar 1998 dahulu. Terhadap desakan penduduk yang inginkan pusingan-U sebelum tol plaza berkenaan dan pembinaan dinding penyerap bunyi sepanjang tembok pagar rumah yang menghadap lebuh raya. Berbagai alasan dan manipulasi diberikan. Akhirnya setelah arahan termaktub, syarikat konsesi ini meminta pampasan dari Kerajaan di sebabkan 'kerugian' akibat 'kekurangan' kutipan tol.

Persoalan sekarang ialah siapakah sebenarnya yang mengupah samseng-samseng yang mengugut dan memukul penduduk yang cuba memecahkan tembok penghadang jalan semalam?

Narajaya Sdn Bhd, pemaju kawasan perumahan ini? Hmmm... tak ada sebab mereka harus melakukannya kerana merekalah yang memperjuangkan pembukaan jalan alternatif yang dimaksudkan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)? Tak mungkin juga kerana mereka tidak untung apa-apa. Buka tutup jalan alternatif ini tidak memberi apa-apa kesan pada mereka.

Kementerian Kerja Raya atau Majlis Perbandaran Kajang? Sama poin seperti LLM.

Jadi siapakah Samseng-Samseng Korporat ini? Siapa? Siapaaaaaaa???? Ahaksss...

* foto dipetik dari The Star, NST dan Berita Harian online

No comments: