Friday, June 13, 2008

Penulisan Provokatif?

Secara jujur, saya tidak begitu berminat menulis cara ini.

Selain perlu memerah keringat ekstra memikirkan strategi yang provokatif (dan efektif), perlu juga mengambil kira soal pengolahan perenggan, tatabahasa, perkataan... itu belum termasuk isi, fakta, bahan rujukan dan sebagainya. Tambah pula dengan hakikat bahawa penulisan bentuk ini mempunyai banyak konsekuens terutama tak menang tangan cuba membalas respons-respons yang diterima kelak.

Ada tiga sebab kenapa saya menulis begini kadangkalanya:

(a) Untuk memastikan 'the job gets done'. Kadangkala saya tergelak dengan ratusan SMS yang tersiar saban hari di akhbar Kosmo! yang komplen itu ini. Dari membazir wang untuk SMS sedangkan tak sampai ke mana, lebih baik ditulis surat siput, dilekatkan stem dan dialamatkan terus kepada yang empunya. Jangan berhenti di situ saja, cc kan pula kepada mereka-mereka yang perlu. Tak lama dahulu contohnya, ada seorang pegawai bank cuba nak cari dajjal dengan saya. Jadi saya buat laporan polis kemudian diikuti pula dengan sepucuk surat yang tajam bahasanya --- dialamatkan kepada pegawai tertinggi bank berkenaan. Kemudian saya cc kepada satu badan yang digeruni oleh mana-mana institusi perbankan di Malaysia, Bank Negara Malaysia. Belum puas, saya tujukan juga kepada beberapa akhbar tempatan. Hasilnya? Saya menerima surat permohonan maaf dari bank berkenaan dan kini bila kami berurusan, tahap profesionalisme mereka juga jelas meningkat.

(b) Untuk mempelajari argumen-argumen yang menentang. Bila seseorang diprovok, selalunya mereka akan beremosi dan akan cuba pula membalas dengan hujah-hujah sendiri. Ini amat perlu, pada saya. Kerana dalam langkah menuntut ilmu, kita seharusnya juga menilai hujah-hujah yang bertentangan sebelum membuat sesuatu rumusan. Metoda pemikiran saintifik. Kadangkala jika ditulis terlalu 'biasa', respons yang diterima juga mungkin akan terlalu 'biasa'.

(c) Untuk menarik perhatian agar sesuatu yang penting dapat disampaikan. Ibarat kita berada dalam satu bilik yang bingit, mulut berpok-pek pok-pek merapu raban. Anda mulanya menyeru dengan baik, "Hello... Hello..." namun tiada yang menyahut. Malah makin pok-pek pok-pek merapu raban. Anda meninggikan sedikit suara, "Woi... WOi... WOIIII!!!", masih tiada yang mendengar walau ada satu dua wajah berpaling. Tiba-tiba anda menjerit; "HOIII.... HANGPA TAU DAK YANG HANGPA SEMUA NI MALAUN SANGKUT"? Tiba-tiba semua terdiam. Berpaling kepada anda. Ada yang memandang seperti mahu menelan anda. Ada yang tersenyum sinis menggeleng kepala. Ada pula yang terpinga-pinga kebengongan. Hakikatnya, perhatian yang dipohon sudah diterima. Jadi, anda boleh mula berpidato tentang hal yang anda sebenarnya ingin cakapkan dari awal tadi.

Saya bersetuju dengan pendapat salah seorang responden bahawa beliau 'takut ada yang terikut-ikut dengan penulisan begini' bila membaca penulisan saya sebegitu. Untuk rekod, saya seru pembaca supaya tidak mengamalkannya terutama jika anda belum menimbang segala konsekuensnya dengan teliti dan memastikan lubang-lubang yang terbuka dapat ditutup sebanyak mungkin.

Saya pernah menerima ratusan caci nista termasuklah ugutan bunuh kerana beberapa artikel yang saya tulis sekitar tragedi 11 September 2001 dahulu. Juga berturut dari beberapa artikel lain yang saya pernah tulis mempersoalkan tentang Serangan Takut Hidup, Murtad dan sebagainya. Ada yang saya pandang serius dan ada yang saya tidak ambil pot langsung.

Namun sebetulnya saya, dan anda juga, telah mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.

Dan kita akan dewasa dengannya.

p.s. Imej stem ini ehsan dari blog 'Wahai Cermin Hikmat' yang berbesar hati memberikan 'tribut' melalui entri istimewa kepada saya. Tengkiu... tengkiu... :)

10 comments:

Unknown said...

Good comparison - shouting to make yourself heard. Once, I also got lousy treatment from a company. Then i wrote to the press, naming names. Keluaq surat aku dlm paper! Next day the CEO himself called me. Hah, menggelabah. On top of that, the letter is still floating around in cyberspace despite me writing it 5 years ago - a permanenet, embarassing reminder of their lack of customer service.

Actually, the value of that stamp should be 2 sen. Geddit? 2 cent worth = my opinion. Since you are very opinionated? :)

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Hahahaha Ahmad... the value of the stamp depends on the person who produced it... I don't have a say in that :)

The thing is, I hate shouting and playing 'bad guy' but sometimes that's what you need to do to get things done.

Mademoiselle Cynicleopetra said...

wahai Encik ahmad yang budiman lagi tak ku kenali..takde blog ke?

If you were 'just' looking at the stamp, having said that it's only worth 2cents...indirectly you have offended our good opinionated fren here...cos jolly well u knew his picture was in it... tak bayek you tawww!...hehehhe

but if you were to look at the quality of the stamp...the time taken and the effort has been put in...you appreciated it...atleast the values of your opinionated writer here...has been given a little face value of appreciation...tak gitu encek Asrul

but again if you no nuts about anything behind it...you better keep your spender tight-tight till you turned blue lah...please keep your opinion to yourself hai si Ahmad...cos it does worth half of 2 cent...or maybe even none!

and furthermore why anonymous buatlah blog boleh kami komen kasi memberangsang your opinion...dan jgn lupa your surat 'shouting out loud' itu...

cos if you feel bloody proud of your superb so called 'email' hauntingly floating around still...hai hai...your tangungjawab pun still floating around ahmad oiii...nanti di padang masyar jawablah...goodluck la boi!

skrg dunia bayar cash no credit card tak tunggu akhirat...lambat no more snail mail...

Mademoiselle Cynicleopetra said...

and encek asrul...suka sagat ke dengan stamp tersebut...nak saya besarkan lagi?...atau enlarged it to poster size...jgn memalulah kan...I love volunteering my talent to the fullest...

yelah kan nak ngomel-ngomel pun apa dpt kan...
baik buat kerja kebajikan...menolong promosi apa yang patut...gian pula menjak tinggalkan dunia media nih...tak gitu encek asrul?...

any works related tu kebajikan please call bomba ok...I will be there answering your call...

Ciao...selamat pagi dan bagi salam sikit...

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Ahmad/STK... erm... erm... saya ini pemalu. Segan berkata-kata.

Layannnn.... (ikut stail Melodi)

Hasrul Halid said...

Aduh... donia.. donia....

Aku ada benda nak tulih.. ada benda nak cakap.. dan ada benda nak kongsi ngan hang Asrul. Tapi, kerana aku tidak mahu yang blog aku selepas ni jadik mangsa 'lompatan ungka gila', maka ada baiknya aku 'diam-diam aja dodok'.

Aku tak pasti sapa yang melompat dulu. Pasal aku kenal hang lama jadi aku terpaksa menyalahkan hang dalam semua segi... kehkehkeh! Orang lain tak salah, depa semua tahap WALI QUTUB.. mulia lagi dimuliakan.

Mungkin juga segala masalah yang bersangkutan dengan ketidakpuasan hati ni terzahir dari keputusan Pak Lah menaikkan harga minyak.

Kehkehkeh!

But, bottom line is, adalah terpulang kepada hang nak tulih apa pun dalam blog hang, be it tulis pasal pelacur, dungu, kuda, ayam denak.. apa saja. Itu adalah milik mutlak hang. Apasal ada orang nak sibuk-sibuk 'lompat' pulak?

Kalau tak puas hati boleh buat laporan polis macam aku pernah buat kat ES Chua dulu! Cakap kat polis tu, "saya mewakili budak kecil ini ingin membuat laporan polis kerana saya rasa sebutan pelacur tu satu 'insult' yang tidak dapat dimaafkan oleh mana-mana umat, sama ada umat terdahulu atau umat yang akan datang'

HAHAHAHAHAHAHA! Donia... donia....!

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Hasrul... seperti juga sebelum ini, aku sebenarnya pemalu, segan berkata-kata... kwang kwang kwang...

Unknown said...

Si Tukang Karut,
Whatever dude (dudette). Sehaprak dan se-anonymous pendapat aku pun, someone thought it was important enough to balas dgn komen panjang lagi lebar. Ahaks!

Unknown said...

Encik Asrul,

Pada awalnya, saya menjangka akan dapat membaca isi yang bernas dari penulisan anda. Malangnya, apa yang dapat saya rumuskan adalah seperti di bawah :

a) Perlukah dicanang kepada seantero dunia akan ketidak puasan hati anda terhadap sesuatu? Satu dua saluran sudah mencukupi pada saya. Namun, itu cuma pendapat saya.

b) Argumen? Konsekuen? Memandangkan niat anda yang ingin memartabatkan bahasa jiwa bangsa, bukankah sebaik-baiknya setiap baris bait kata yang dipakai guna ditulis dalam bahasa ibunda yang sebenarnya. Contoh :

Argumen - Hujah
Konsekuen - Kesinambungan / Akibat

Malah saya keliru, adakah response juga telah diMelayukan? Adakah:

Respon - merujuk pada hanya satu maklum balas

Respons - merujuk kepada dua/lebih maklumbalas

c) Bagi saya, tiada bezanya anda dan penulis santai lain yang sememangnya tidak terlalu taksub akan penggunaan bait kata, ejaan lengkap hatta peribasa dalam setiap hasil tulisan mereka.

Sekian.

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Adzra:
(a) Komen diterima, syukran
(b) Sebenarnya penggunaan perkataan 'argumen' dan 'konsekuen' sememangnya dibolehkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Manakala 'respons' merupakan perkataan yang lebih tepat berbanding 'respon'. Ini mengambil perkataan Inggeris asalnya 'response' --- ada bunyi 's' dipenghujung).
(c) Memang tiada bezanya dari konteks ini