Saya terbaca artikel ini di The Star, bertarikh 19 Jun 2008.
Kadang-kadang saya pernah juga berbicara dengan rakan-rakan akan apakah sebenarnya yang dikatakan 'Blog'. Adakah ianya merupakan kerahan krim minda intelektual yang diterjemahkan kepada penulisan dan dimuat-naik ke alam siber? Atau adakah ia sekadar diari siber menceritakan pagi tadi breakfast sekeping roti canai dan kemudiannya mengutuk orang menyalahkan itu ini tak keruan (seperti kata rakan saya, 'blog syok sendiri')?
Saya sebenarnya tidak begitu peduli akan tafsiran autoriti mahupun peribadi terhadap 'blog'. Pada saya ia hanyalah satu wadah atau 'medium' yang wujud untuk membolehkan basyar menconteng-conteng sesuatu, tak kiralah sama ada untuk bacaan khalayak atau sekadar syok sendiri. Cuma yang membezakannya di antara berbaloi dikunjung atau sekadar membuang masa, sekali lagi pada pendapat saya, ialah isi atau mesej yang ingin diutarakan.
Kerana kalau setakat nak bercerita pagi tadi breakfast roti canai, tengah hari makan nasi kandar dan di antaranya walhal marahkan orang lain dalam elarti, baik ditulis saja diari konvensional dan dibaca sendiri-sendiri sebagai kisah waktu mahu tidur!
Friday, June 20, 2008
Apa Itu Sebenarnya Blog?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bro .. yg tulis diari online tu mungkin nak berhubung dgn kawan2 dia (atau mungkin juga peminat2). aku tak kisah sgt. tapi kalau yg jenis cepuar ngan org dan biadap komen org mmg aku angin juga la. cam kat tranungkite.net senang2 hati je maki hamun org tapi check dkt profile tak pernah hantar satu artikel pun.
sorry la ye . melepas perasaan pd yg memahami (he he).
apa pun siapa yang menulis demi cinta dan cuba mengelakkan rasa glamour dan bangga diri akan mendapat penghargaan yang sewajarnya. cuma lebih baik kalau cinta itu ramai yg dapat menerimanya.
ps : bro ... apa kata kita cari langkah menaikkan meter ?
Asrul,
Saya setuju dengan beberapa kerat butiran di atas.
I just had a conversation with a friend today, berkenaan dgn rasa bosan yg meluap bilamana sesebuah blog tu bukan hanya syok sendiri, tapi juga terlalu mundane. Ia seperti " orang lain ada blog, kau pun nak ada blog jugak, tapi isinya kosong"..Itu merujuk kepada tulisan kamu di atas- kalau setakat tulis apa yang dimakan semasa sarapan dan pukul berapa masuk tidur, what they need is diari rasanya..
Post a Comment