Tuesday, May 11, 2010

Apa Yang Tak Kena Dengan Repot Polis Ini?

Ada bertanya kenapakah saya begitu gah dan beria-ria mempertahankan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam insiden yang membabitkan Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, yang dikatakan ditembak polis secara membabi-buta.

Tanpa niat dan prejudis untuk 'menghina' keluarga mangsa, saya hanya akan menumpukan kepada dua dokumen bertulis yang berkait rapat dengan kejadian ini - Repot Polis yang dibuat oleh saksi utama kejadian dan entri blog YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Yang Di Pertua PAS untuk kawasan sama.

Saya juga tidak akan menyentuh isu 'laporan rasmi' yang dikatakan bercanggah dengan Repot Polis ini. Biarlah mahkamah menentukannya, memandangkan perbicaraan sedang berlangsung.

Repot Polis dan entri blog tersebutlah, pada saya, yang sebenarnya memulakan semarak kebencian umum terhadap PDRM.

Repot Polis ini secara umumnya mempunyai 4 isi utama - Aminulrasyid dan rakan keluar membantu seorang rakan lain yang tayar motosikalnya pancit pada tengah malam, dikejar sekumpulan motosikal kerana bergesel dengan sebuah Mercedes, dikejar kereta peronda polis dan akhirnya bagaimana Aminulrasyid ditembak dari belakang.

(a) Isi pertama, yakni 'keluar membantu rakan' adalah bersifat apologetik, sekadar memberikan justifikasi kenapa mereka keluar pada malam tersebut, iaitu 'untuk membantu rakan'. Ini adalah untuk memberi gambaran bahawa Aminulrasyid merupakan seorang yang 'mulia' kerana sanggup berkorban untuk 'membantu' rakannya - walaupun beliau tahu beliau tidak memiliki lesen memandu yang sah dan kereta tersebut diambil tanpa kebenaran empunya.

(b) Isi kedua, yakni 'dikejar sekumpulan motosikal' juga bersifat apologetik. Sekali lagi sebagai justifikasi untuk mereka 'memandu laju' demi melarikan diri.

(c) Untuk isi ketiga, saya tertarik dengan petikan "AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam" (setelah dikejar kereta peronda polis). Ada dua tebakan boleh dibuat. Pertama pengarang Repot Polis ini cuba menekankan pada aspek 'takut' dan yang keduanya, dalam masa yang sama mengakui bahawa mereka tidak menghiraukan keselamatan sendiri dan orang awam dengan pemanduan merbahaya tersebut. Kenapa? Hanya untuk 'pulang ke rumah'. Dua aspek ini - 'takut' dan 'ingin pulang ke rumah' sudah cukup untuk menimbulkan simpati dari orang awam.

(d) Pengarang Repot Polis kemudiannya mengatakan bahawa 'tembakan bertubi-tubi' telah dilepaskan yang mana telah menembusi tayar belakang kereta, membuatkan kereta tersebut 'terhoyong-hayang dan tergelincir'. Ketika dalam keadaan kelam kabut inilah, pengarang mengatakan bahawa "tembakan kali terakhir terkena pada AMINUL RASHID".

Persoalan dan penelitian saya setelah meneliti Repot Polis ini ialah:

(i) Karangannya Bersifat Apologetik. Isi pertama dan kedua bertujuan memberikan justifikasi kenapa Aminulrasyid memandu tanpa lesen dan kenapa beliau memecut laju. Repot Polis ini boleh saja dimulakan terus dengan "Sekitar jam 2 pagi, saya bersama AMINUL RASHID telah dikejar sekumpulan motosikal..." Tetapi tidak, pengarangnya merasakan perlu untuk 'rewind' atau imbas semula ke belakang lagi untuk mencari justifikasi.

(ii) Karangannya Bertujuan Meraih Simpati. Saya mendapatkan salinan Repot Polis ini dari laman blog Perisik Rakyat dan ketika itu ia telahpun tersebar rata. Perlu ditanya apakah tujuan Repot Polis ini disebarkan? Tentunya untuk menumpukan pada kontradiksi antara 'laporan rasmi' dan 'laporan saksi'. Namun yang penting lagi, pada saya, ialah untuk meraih simpati kerana mereka tahu bahawa Repot Polis ini akan disebarkan kemudiannya. (Nota: Salinan Repot Polis ini telah pun dipadam dari laman blog yang berkenaan ketika entri ini ditulis)

(iii) Tiada Sebarang Kenyataan Mengenai Salahlaku Aminulrasyid. Tiada langsung barang satu ayat yang mengatakan bahawa Aminulrasyid 'mencuri' kereta keluarganya, keluar malam tanpa kebenaran, memandu tanpa lesen, memandu laju dan gagal berhenti apabila diarahkan polis. Yang disebut hanyalah poin-poin apologetik dan justifikasi yang bertujuan meraih simpati.

Persoalan saya - Mampukah seorang pelajar 15 tahun 'mengarang' Repot Polis ini dengan begitu berstruktur dan dipenuhi elemen-elemen yang digariskan tadi? Atau adakah beliau telah diberi tunjuk ajar secukupnya oleh 'orang tertentu' akan apa yang mesti ditulis dan bagaimana mahu menulisnya?

Manakala entri blog Khalid Samad kemudiannya mewar-warkan dakyah bahawa:

- Media massa Malaysa 'tidak boleh dipercayai' kerana melabel Aminulrasyid sebagai 'penjenayah'

- Pihak PDRM 'cenderung berbohong' untuk menutup kesalahan sendiri

- PDRM 'cenderung memaksa saksi' untuk merubah kenyataan "bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis".

Tindakan Khalid yang memetik kes Teoh Beng Hock, Norizan Salleh, Kugan dan Altantuya sejurus selepas poin-poin ini adalah bertujuan untuk 'mengukuhkah hujah' beliau di atas dan terus-terusan melakukan implikasi negatif terhadap PDRM.

Walau apapun jawapannya, hasil dari 'propaganda' ini, masyarakat telah mempunyai tanggapan negatif terhadap PDRM secara keseluruhannya.

Dalam jangka waktu sekarang yang mana peningkatan kadar jenayah adalah terlalu membimbangkan, 'propaganda' seperti ini adalah tidak diperlukan.

Pembaca dan masyarakat harus lebih arif meneliti yang tersirat daripada menjamah bulat-bulat yang tersurat lalu secara emosional meletakkan label bahawa 'Polis Adalah Penjenayah'.

Label sebegini hanya akan menggembirakan Penjenayah yang sebenarnya Penjenayah.

Hentikanlah mainan 'propaganda' ini. Banyak lagi 'propaganda' lain yang boleh dimainkan.

Ini pinta saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tolonglah.


Nota: Entri ini adalah bersifat 'analytical', yakni sekadar mengkaji poin-poin yang diutarakan dalam dokumen-dokumen tersebut. Ia boleh juga dilihat sebagai galakan agar pembaca berfikir dan banyak mempersoalkan sesuatu sebelum membuat kesimpulan - dan bukanlah untuk melemparkan tuduhan kepada mana-mana pihak.

6 comments:

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Ada beberapa poin/persoalan yang saya tulis pada asalnya tapi kemudian saya padam kerana mungkin tak begitu relevan dengan keseluruhan isi entri ini. Antaranya:

(a) Di manakah menghilang 'sekumpulan motosikal' yang dikatakan mengejar kereta Aminulrasyid?

(b) Bagaimanakah saksi boleh 'terlepas' selepas kononnya 'dibelasah' polis-polis berkenaan?

(c) Dalam repot polis tersebut, nama mangsa ditulis AMINUL RASHID (dua perkataan, dengan huruf H dan bukannya Y). Andai saksi dikatakan 'mengenali beliau dari tadika lagi', takkan ejaan nama pun boleh silap?

(d) Aminulrasyid memiliki peluang sepanjang hampir 6km untuk berhenti apabila dikejar polis namun beliau tidak melakukannya. Kenapa?

(e) Saksi dikatakan anak kepada seorang pegawai polis. Kenapa menunggu hampir 12 jam untuk membuat laporan? Tidakkah bapanya tahu prosedur? Juga sebagai anak pegawai polis, saksi seharusnya lebih tahu bahawa mereka perlu berhenti bila diarah berhenti. Kenapa tidak berhenti?

(f) Kalaupun ditembak bertubi-tubi (kononnya hingga 20 das), pernah tak kita terfikir kenapa TIADA SATU PUN TEMBAKAN TERKENA PADA saksi? Itupun hanya peluru TERAKHIR yang terkena Aminulrasyid. Persoalannya - adakah polis memang berniat menghentikan kereta atau memang menjadikan pemandu sebagai sasaran?

Rizwan said...

good entry, you summed up my take on the issue as well...

good writing skill which i hope to hone mine as well...

Unknown said...

salam bro..saya rasa walau apa pun salah yang aminurasyid buat..(ie curi keta..keluar malam..etc)..dia tak sepatutnya mati...manusia melakukan kesilapan...semua orang melakukan kesilapan..tetapi tidak semua kesilapan bole menjustifikasikan seseorang "dibenarkan" utk mati...saya juga simpati pada keluarga Kpl Jenain Subki..kerana satu detik yg tergopoh2 oleh beliau telah membuatkan isteri dan anak2nya menderita...saya doakan kedua2 pihak keluarga Jenain dan Aminurasyid bersabar dalam menghadapi dugaan Allah SWT. saya berharap rakyat Malaysia tidak terlalu emosi dalam hal ini...saya sebagai rakyat malaysia..ingin hidup aman..tanpa rasa takut dan risau dengan kegopohan segelintir anggota polis yg tidak bertanggungjawab...

Amin Baek said...

nice writing..

saya mengakui mungkin kprl jenain agak tgesa2 melepaskan tembakan(bdasarkn cerita yg pelbagai versi)..tetapi saya kesal kerana ramai orang yang menyalahkan pihak polis semata mata dan lantas meninggalkan all the blame thadap polis,langsung tiada pada arwah.wpon pada zahirnya ada ksilapan yang dilakukan..

dan paling menyakitkan hati,apabila para politician pembangkang yang blagak hero pada saya dalam kes ni.dalam masa sama memburuk burukkn pdrm dalam usaha memburukkn kerajaan malaysia.tapi bila kes yang melibatkan ahli mereka,tian chua dan sbgnya dalam kes langgar orang,langsung diam..Klu concern tentang kebajikan,kenapa diabaikan kes yg melibatkn politician pmbangknag?takut rakyat tau?

cuma pendapat dari saya..
have a visit..

http://aminbaek.wordpress.com/2010/05/11/358/

E M K A S said...

a very nice write-up and analysis of the issue. good job. :)

Anonymous said...

Bro...why must we assume something that we do not know? Let the expert s do their works..

What is your feeling if this thing happens to someone close to you bro...

i does not matter for you right...

He might be wrong..but did the crime he committed be punished that way..

if we are a pro in whatever we do..we must have good judgement..at least to make what we are living for worth....

i pray for justice so that the evil wiil be punished...

orang shah alam.