Latarbelakang: Berturut daripada kematian Kugan Ananthan ketika ditahan dalam lokap polis setahun yang lalu, pihak-pihak seperti HINDRAF, MIC dan PKR berjaya mendesak parlimen menguatkuasakan undang-undang Anti Penggunaan Kekerasan 2009 ketika menyoal-siasat saspek jenayah. Minggu lepas, Polis Di Raja Malaysia selepas didesak bertubi-tubi oleh Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, menganjurkan kempen Berbudi Bahasa Dengan Saspek Jenayah.
Berikut adalah rakaman soal siasat di sebuah balai polis terhadap Atan Rempit yang disyaki memiliki dan mengedar 500 kg dadah jenis heroin. Atan Rempit juga dipercayai terlibat dengan beberapa jenayah samun, ragut, rogol dan pecah rumah di sekitar kawasan Puchong.
Polis: (Masuk ke bilik soal siasat) Assalamualaikum saudara. Apa khabar? Nama saya Inspektor Mazlan yang diperintahkan menyoal siasat saudara yang ditahan setelah didapati memiliki 500kg dadah jenis heroin pada 30 Januari 2010. Boleh saya duduk?
Atan Rempit: (Diam sambil tunduk)
Polis: (Menarik kerusi) Terima kasih saudara. Errr... saudara nak minum? Kami boleh pesan dari Starbucks. Kalau saudara boikot Starbucks kerana mereka pro-Zionis, kami boleh pesan dari Old Town White Coffee. Nak Big Mac? Prosperity Burger McD pun sedap juga.
Atan Rempit: (Menjeling tajam sambil meludah ke lantai) Pergi mampus lah kau polis!
Polis: Janganlah macam tu saudara. Kita kena berbudi bahasa, ikut resam orang timur. (Membuka fail) Menurut laporan, sebanyak 500 kg heroin telah dijumpai di rumah saudara. Kalau bolehlah, saya nak tanya. Dadah tu siapa yang punya?
Atan Rempit: Pantat kau lah polis! Dadah tu bukan aku punya! Kau yang letak kat situ. Celaka!!!
Polis: Isy... ye ke? Maaf lah kalau kami salah. Tapi dadah tu dijumpai disumbat dalam tilam dalam bilik saudara. Masa polis serbu, saudara tengah baring atas tilam tu. Kemudian saudara terkam kami dengan pistol Revolver jenis 26. Malah waktu kami keluarkan dadah dari tilam, saudara pun ada tengok.
Atan Rempit: Sialllll kau anjinggggggg!!! Pergi mampus!!!!
Polis: Saudara cakap macam tu sebab saudara lapar ye? Kejap ye saudara. Konstabel Ali... sila pesan Nasi Beriyani Bukhara dari Restoran Syed. (Mengeluarkan dokumen) Tak mengapalah kalau saudara tak mengaku. Errrr... boleh kami dapatkan DNA saudara? Tolonglah. Pleaseeeeee....
Atan Rempit: Jahanam lah kau. Kawan-kawan aku akan kejar kau sampai lubang cacing. Kau takkan selamat. Waktu kawan-kawan aku ganyang rakan-rakan anjing kau, aku akan gelak. Lagipun kau tak boleh buat apa kat aku, kan? Hahahahahahahahahahaha!!!!
Polis: Janganlah macam tu. Tak baik. Tak apalah saudara. Saya bagi pihak PDRM mohon maaf andai ada terkasar bahasa sewaktu sesi soal siasat ini. Nanti bila Nasi Beriyani Bukhara dah sampai, jemputlah makan. Nanti saya suruh Konstabel Melati bentangkan tudung meja dan nyalakan lilin. Biar berselera sikit makan. Terima kasih saudara. Assalamualaikum (bangun dan keluar dari bilik soal siasat).
(TAMAT)
Dalam filem The Dark Knight, polis Gotham City membenarkan Batman masuk ke bilik soal siasat untuk membelasah The Joker demi mendapatkan maklumat. Mungkin PDRM juga harus memindahkan tanggungjawab melakukan pembelasahan terhadap penjenayah di Malaysia kepada pihak ketiga atau 'superhero' seperti Batman.
Tapi kita tak ada Batman.
Cicak-Man pun bolehlah!
No comments:
Post a Comment