Sunday, March 29, 2009

"Because You Are My Daughter..."

"Papa, betul ke kawan Alyssa cakap, orang Cina dan India tu pengotor?"; tanya Alyssa Sofea, puteri sulung kesayangan ketika saya mengambilnya di sekolah sebelah petang. Ketika itu beliau baru memasuki Darjah 1.

Saya tersentak. Baru Darjah 1 sudah ada rakan-rakan yang cuba menyemai benih kebencian dan rasis. Tentunya atas didikan ibubapa yang kolot, mandom yang juga merupakan rasis. Saya juga salahkan sistem pendidikan negara yang lebih banyak memisah dari merapat.

"Papa tak kasi Alyssa kawan dengan orang-orang bodoh macam tu. They are just stupid and will end up being stupid their whole life. Ingat... jangan kawan dengan orang macam tu..."; kata saya meninggikan suara.

Alyssa terdiam seketika. Namun beliau memberanikan diri bertanya; "Tapi kenapa Alyssa tak leh kawan dengan dia orang?"

"Because you are my daughter"; jawab saya tegas.

Ketika demam MySpace melanda, Alyssa juga tak terkecuali. Saya membantunya membuka akaun Yahoo! dan kemudiannya MySpace, bersama memuat-naik foto-foto yang telah diedit cantik dan memberi ide akan info-info yang boleh dipaparkan di ruang muka peribadi beliau.

Namun tak lama kemudian, ada malaun kecil yang 'hack' laman MySpace Alyssa dan telah menukar segala info dan foto yang dipapar dengan info dan foto-foto hodoh beliau sendiri.

Dengan itu saya menulis sebuah entri blog keras bertajuk 'Pelacur Kecil dan Ibubapa Dungu' dan disebarkan secara ekstensif ke e-grup, laman blog dan laman Facebook saya. Saya melemparkan penghinaan berbentuk provokatif untuk mencabar ibubapa pelajar berkenaan tampil bersemuka dengan saya. Kerana saya ingin bertanya mazhab manakah mereka ikuti dalam mendidik anak.

Reda sedikit insiden berkenaan, Alyssa bertanya; "Apesal Papa panggil budak yang 'hack' tu Pelacur Kecil?"

"Because you are my daughter"; jawab saya tegas.

Hujung minggu ini Alyssa (dan Adam) kurang sihat. Musim. Ketika bergelap dalam propaganda 'Earth Hour' semalam, Alyssa pergi ke bilik air. Beberapa minit kemudian, beliau keluar terhoyong-hayang.

"Papa... Alyssa rasa pusing. Alyssa rasa nak jatuh"; dan beliau merebahkan diri di tepi pintu bilik air.

Rupanya beliau jadi demikian kerana seharian hanya makan sedikit sahaja. Biasalah - tekak payau, rongga mulut pula terasa pahit - habis selera menikmati kari ayam dan spaghetti hilang begitu saja. Alyssa dipaksa juga menjamah sesuatu selepas insiden di luar bilik air tadi. Tak lama kemudian, beliau kelihatan bertenaga semula.

Pagi tadi, memandangkan Alyssa dan Adam sudah agak sihat, saya membawa seisi keluarga ke Ikano Power Centre untuk mengambil angin dan mendedahkan diri dengan Vitamin D natural.

Ketika berjalan menyeberangi ke The Curve, Alyssa bertanya; "Apesal semalam Papa nampak kelam kabut bila Alyssa cakap Alyssa nak jatuh?"

"Because you are my daughter..."

Jawab saya perlahan.

2 comments:

Vinson said...

Wow, can't believe Malaysia has come to this stage where kids so young are actually so racist! I still remember in my time when all the kids made friends according to character and not color of the skin. And this was only 20 odd years ago. Malaysia society has gone down the drain and it sad to hear young kids so misguided. I hope their parents can guide them to the right path. This is so sad.
Malaysia, truly Asia?

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Vinson: Sad and scary, isn't it?