Bila mana sesuatu musibah terjadi kepada seseorang yang kita suka, dengan nada kasihan kita memujuk; "Sabarlah... ini semua adalah ujian dari Tuhan Yang Satu, kerana Dia amat menyayangimu". Namun bila ia terjadi kepada seseorang yang kita benci; dengan juih kita sinis; "Padan muka... itulah dia bala dari Tuhan!"
Di belakang rakan sekerja kita mengutuknya, mengejeknya dan dari jauh memandangnya dengan jelek. Namun bila berada bersama dalam bilik mesyuarat, kita meletakkan topeng di muka dan berinteraksi bergelak berketawa atas nama profesionalisme.
Rakan-rakan sekuliah berpiket kerana ada politikus menyarankan agar kuota sebuah universiti tempatan yang majoritinya dibolot Melayu diberikan sedikit lebih ruang untuk bukan Melayu. Mikail tersenyum riang. Wah! Seronok keramaian ini. Bawa sepanduk. Jerit-jerit sorak sekadar memeriahkan. Ayuh tumpang sekaki. Padahal universiti tersebut dasarnya ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu dari keluarga berpendapatan rendah menikmati peluang menambah ilmu seiring dengan yang datangnya dari keluarga berkemampuan. Mungkin Mikail lupa bahawa nama penuhnya ialah Tengku Mikail Tengku Dato' Aman Buncit.
Sebuah kelab malam diserbu. "JANGAN LARI!!!" Masuklah sekumpulan berkopiah berserban berjanggut membimbit fail. Lebai laju catat saman. Semua yang seagama dapat saman. Kena pergi kaunseling dua hari kemudiannya. Lebai sama yang meleleh air liur melihat goyang gerudi Inul. Atau sama 'headbanging' lagu-lagu Avril Lavigne. Khabarnya Lebai yang sama juga itulah berhasrat menambah koleksi tiga menjadi empat. Empat itu pernah jadi bohsia belakang Maju Junction. "Kita kena banteras maksiat"; kata Lebai sambil menyeluk koceknya yang terisi kondom baru dibeli dari kedai 24-jam di Brickfields.
"GOD SAVES YOU". Cantik terpampang pelekat 'bumper' kereta. Kereta yang sama di mana pemandunya mencilok kiri kanan dan akhirnya memotong barisan di lampu isyarat. Sehari kemudian, kereta yang sama dengan pelekat yang sama dilihat memarkir menghadang lalulintas hanya kerana menunggu si anak balik dari tiusyen. Tidak peduli yang keretanya menghadang puluhan kereta hingga dua lorong menjadi satu. Apa dia peduli. 'God Saves Her'. Oh... pemandu wanita rupanya.
Mungkin hipokrasi merupakan sebahagian dari naluri asas insaniah.
Kita tidak akan pernah mahu mengakuinya.
Kerana hakikatnya kita memang hipokrit! :)
**Semua nama-nama hanyalah rekaan. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Jika ada, hanyalah kebetulan kerana saya juga mungkin seorang hipokrit**
6 comments:
Hipokrit kadangkala perlu untuk memastikan tugasan seharian berjalan dengan lancar. Tidak kiralah istilah apa yang digunakan untuk melindungi sikap hipokrit tersebut asalkan pada pandangan mata kasar semuanya berjalan lancar dan berada dalam keadaan 'tip top'!
Hidup mmg kena hipokrit due to the certain extend...sebabnya kalau da bos bodoh ..tapi berlagak pandai..untuk menjaga bontot kite sendiri, kita perlulah menjadi seorang yang hipokrit....
saya suka part hipokrit dlm bilik mesyuarat tu asrul..sounds soo real... heheh
lizahaliza... begitulah resam dunia...
Anonymous... real kan... macam pernah jadi jer... hahahahaha
Berlaku hipokrit kadang kala sama jugak macam tipu sunat lah.. mostly untuk menyelamatkan keadaan. Mungkinkalau dalam urusan kerja/ syarikat itu masih boleh diterima sebab that is for the sake of "melancarkan urusan kerja".. Tapi kalau dalam persahabatan, it is so HOH! Sebab hipokrasi itu boleh menghancurkan.
Sama juga dgn isteri orang yg memberi syarahan ugama kepada saya supaya saya menjauhi suaminya (yg cuma sekadar kawan), dinasihatkannya supaya saya ni beroleh rahmat Tuhan dsb..dab supaya saya ni sembahyang, tunduk berdoa semua,..walhal dia juga berpakaian menjolok mata sama seperti saya, dan mungkin buruk laku macam saya jugak. Hipokrit tak macam ni? Betullah, dia kena practice what she preaches, kalau tak, dia tak ada hak nak menghohkan saya ataupun mengatakan saya ni tak senonoh.
Hoh.
Aida... setuju. Banyak orang cakap tak serupa bikin. Dan mungkin isteri Mamat tu rasa insecure kot... kalau dia trust hubby dia & kelebihan diri sendiri, dia takkan buat personal attack camtu.
Hoh!!!
hipokrit ini boleh tejadi seawal sebaik sahaja kita membuka pintu rumah. dengan tiba-tiba kita akan betulkan tai dan balik kerja dengan tiba-tiba kita buat taici bila leng loi sebelah rumah bagi makan sugarglider.
bila kita pergi rumah org kita kata mangkuk taiknya kotor (dalam hati) tp kita lupa taim kita guna lubang taik awam selalu lupa tarik flush.
doakan semua akan istiqamah dalam melakuakan perubahan, bukan undur ke belekang.
saya tekangkang di sining,
marilah kita betulkang dunia yang litang-pukang, jangang dunia yang terajang belakang kita hingga masuk longkang !
kang ? kang ?
he he ...
ps : ala az .. tulis direct x best ek ?
http://fairuzhafeez.com
Post a Comment