Entah bagaimana saya agak tertarik dengan ungkapan 'HOH' ini. Walaupun tidak begitu pasti asal usulnya, mungkin ianya telah dipopularkan oleh seorang rakan kerja sepasukan yang mana penjelasan santainya boleh dibaca di sini.
Saya kira lain orang lain definasi atau metoda yang digunapakainya untuk menentukan sesuatu situasi yang HOH.
Namun bagi saya, antara HOH yang terbesar ialah pelaknatan secara halus dan terdesak yang digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Dalam dunia keparat (dibaca: korporat), gejala HOH yang berdefinasi sedemikian selalunya terjadi ketika semakin tinggi kita melangkah anak-anak tangga pangkat.
Tidak boleh menyalahkan sangat mereka yang cuba menjatuhkan itu 100 persen, kerana mungkin mereka juga pada dasarnya naik di sebabkan cara yang sama. Atau mungkin mereka merasa kurang senang atau tercabar ketika ada seseorang yang kelihatan seperti memperbodohkan mereka atau memaparkan kelemahan mereka dalam sesuatu bidang. Jadi untuk menutup kelemahan tadi, mereka terpaksa menjurus kepada sesuatu yang begitu HOH.
10 tahun dahulu mungkin saya juga gelojoh sehingga sering menggunakan sesuatu yang HOH untuk menjatuhkan orang lain. Namun semakin lama saya berkecimpung dalam bidang ini, semakin saya menyedari bahawa HOH yang sedemikian tidak akan membawa anda ke mana. Apa yang pergi berpusing sekeliling akan berputar semula ke arah kita. Lagipun lama kelamaan orang akan mula menyedari bahawa anda memegang tampuk kuasa ialah menerusi HOH semata-mata sedangkan isi anda tidak ubah seperti sebuah tong kosong.
Untuk rekod, kini saya hanya berpegang kukuh pada merit dan kualiti hasil kerja saya. Jika ingin melakukan sesuatu, saya lakukan agar hasilnya boleh dibanggakan atau jangan lakukannya langsung. Setidak-tidaknya untuk memuaskan diri sendiri setelah segala penat lelah usaha itu menzahirkan sebutir permata yang kilauannya akan kekal untuk sekian lama. Menjadi bonus pula andainya orang lain juga turut bangga dan mendapat manfaat langsung mahupun tidak langsung dari hasil kerja anda tersebut.
Oleh itu ketahuilah, pangkat bukanlah yang dikejar. Bukan juga puji-pujian. Cuma sekadar penambahan pencapaian yang boleh ditinta buat memperelokkan lagi curriculum vitae saya. Jadi tak perlulah sesiapapun menggunakan HOH. Kalaupun nak mencabar, cabarlah dengan mewujudkan sesuatu ide yang 100 kali lebih baik dari ide yang telah saya utarakan. Sesuatu yang membolehkan saya berkata; "Damn!!! Why didn't I thought of that?"
TETAPI...
Kalau merit yang saya hasilkan itu memang meninggalkan impak positif, sedikit kenaikan untuk menebalkan poket dihujung bulan tidak akan menyakitkan. Lagipun dalam era Barang Naik sekarang ini, saya bersyukur dengan setiap unit Ringgit dan Sen yang hadir!
HOH!!! Tapi jangan HOH!!!
5 comments:
HOH!! diri masih cuba mengerti keadaan yang sedang hoh sekarang ... kerana kita sedar ke-hoh-an kita hingga orang2 hoh hendak menghoh kan kita!!
banyak nye hoh!! susah senang menjadi insan best ni mesti di harungi juga asrul
- Ratu Hoh
Ratu Hoh: Biar kita hoh kerana sememangnya kita hoh daripada menghoh kan orang yang azallinya hoh.
Bahawasanya mereka tidak sedar dalam mereka menghohkan kita mereka sebenarnya sedang menghoh-hohkan betapa hohnya diri mereka yang hoh itu sendiri!!! :)
Kehidupan di maya pada ini memang dipenohi dengan kehohan yang cukup hoh.
Jika kita tidak cukup HOH, maka kita pula yang akan dihohkan.
Walaubagaimanapun, saya tak pernah menggunakan HOH untuk mencapai kedudukan yang HOH di dalam syarikat.
HOH ni saya cuma gunakan untuk mendapatkan lelaki yang hoh dan seterusnya membuktikan kehohan diri saya.
Kesimpulannya, insan terpileh dan HOH seperti kita memang sukar ditemui, apatah lagi di dalam kota metropolitan yang menchabar dan HOH ini.
Aida: Begitulah. Oleh itu, marilah kita semua berhoh-hoh agar kekal hoh dengan cara hoh kita yang tersendiri!
Saya setuju dengan cadangan awak yang hoh itu Asrul.
Kehohan harus dipelihara dan dijaga, supaya diri kita tak dihohkan di kemudian hari.
Sekian catatan insan hoh di malam yang tak seberapa hoh ini.
HOH!!
Post a Comment