Tidak!!! Ini bukan saranan untuk memboikot barangan Belanda!
Cuma sekadar membariskan dan membuat perbandingan semata-mata. Kerana saya tidak menyokong sebarang usaha memalitkan lumpur kepada semua lembu padahal yang membawanya cuma seekor sahaja.
Jika kita tidak suka orang melabel semua Muslim sebagai teroris, kita juga tak seharusnya melabelkan 'semua Belanda' sebagai jahat kerana virusnya dimulakan oleh hanya seorang 'ignorant' bernama Geert Wilders, yang kebetulannya orang Belanda
* Breeze = Saya guna Fab Perfect
* Dutch Lady = Saya guna Susu Lembu Asli
* Dove = Errr... kena tanya orang rumah
* ING = Saya guna Prudential. Siapa nak boleh kontek adik saya. Dia agen Prudential. Dengarnya dah 'qualify' untuk percutian ke Gold Coast.
* Kjeldsens = Banyak lagi Butter Cookies keluaran syarikat lain yang lemak bermentega. Tapi inilah yang 'asal'.
* Lipton = Saya guna Boh! Ada umphhh!
* Lux = Palmolive Aromatherapy. Segar sepanjang hari...
* Phillips = Ni brand DVD Player saya. Memang kualiti bagus, dah 3 tahun pun ok lagi. Sony pun okey kot...
* Planta = Saya guna Dorina. Tak berminyak dan lagi sedap. Lembut macam mentega.
* Rexona = Saya guna Nivea for Men. Tak melekit dan bila berpeluh taklah jadi seperti salah seorang pelajar AF dalam Konsert Kedua AF6.
* Shell = No problem, Petronas ada. Tapi kena kumpul model Ferrari (dengan pembelian RM30 ke atas) kasi 'complete' dulu...
* Sunlight = Saya guna Azian. Eh... Axion...
* Sunsilk = Head & Shoulders. Syampu kegemaran Donald Trump
* Wall's = Sorry Dafi... Magnolia ada..
Yang lelain tu saya tak guna...
Nota: Jangan komen kalau tulisan di lampiran imej terlalu kecil untuk dibaca, sebab bukanlah hasrat saya untuk membuatkannya boleh dibaca pun...
No comments:
Post a Comment