Sakit gusi dan perut sejak semalam.
Subuh tadi setelah menghantar Bibik ke Jeti Pulau Ketam untuk pulang sempena 'cuti tahunannya' ke Indonesia, bergegas sebentar ke pejabat klien. Gusi sebelah kiri terasa berdenyut dan ketidak selesaan ini meminta saya memohon diri lebih awal walaupun ada mesyuarat dijadualkan di sebelah petang.
Sampai rumah, hujan ribut. Tidur. Bermimpi yang paling pelik. Saya berada di sebuah restoran ikan bakar di Alor Setar, kampung saya. Sedang enak menjamah, saya terlihat kelibat seorang yang 'familiar' mendekati. Rupa-rupanya Tun Mahathir Mohamad (Tun M).
"Tun, jemput makan"; sapa saya.
"(Loghat Utara) Saya dah makan semua dah tadi. Balik-balik menu yang tu jugak..."; jawab Tun M.
"Hah.... memang depa macam tu Tun... Balik-balik benda lama jugak... Takdak pembaharuan... hikhikhik (tertawa kecil)"; jawab saya pula.
Bam! Saya terjaga dikejutkan nada dering Nokia menandakan ada mesej diterima. Sakit gigi dah kurang berdenyut.
Rasanya bila dah tak tertahan sakit (dan takut bertemu Dentis) dan ditokok dengan taksub berlebihan, cenderung sahaja kita cepat menyatakan bahawa sakit gigi kita di sebabkan gigitan hantu, seperti cemuh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.
Mungkin kerana taksub ini (atau kerana udang di sebalik mee) jugalah timbul ura-ura menghantar 'rombongan bomoh' ke UK untuk 'mengubati' Sufiah Yusof yang 'infamous' sejak akhir-akhir ini. Saya takkan terkejut jika ada pelajar kita di London terserempak dengan rombongan ini meronda-ronda sekitar Oxford Street atau Soho kelak. Atau bergambar sakan di Tower of London, Madame Tussaud's, Buckingham Palace..... etc etc
Apapun, rombongan bomoh ini sedang mengumpul dana. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Lloyds (apesal tak guna Barclays?) dengan rujukan bernama 'PISANG'. Betul, saya tak tipu.
Lapar ikan bakar lah. Entah-entah nanti betul-betul terjumpa Tun M. :p
Apapun, mimpi itu mainan minda! Bukannya Jin! Tak perlu rawatan bomoh...
1 comment:
Jangan terkejut pulak kalau lepas habis sebulan perawat-perawat tu perlu dihantar lagi ke sana untuk rawatan lanjutan, sambil tu boleh sambung agenda ke Turki dan Cordova pulak.
ps: Siapa penterjemah 'gigitan hantu' ni? Saya ke web maza tapi artikel biasa saja.
Post a Comment