Perisian yang baik, pada saya, ialah yang praktikal, mudah digunakan dan mampu bertindak sebagai halwa mata.
Antara yang menarik tentang Mac OSX, (sekali lagi) pada saya ialah aplikasi Widget/Dashboard, yang membariskan perisian-perisian berguna pada desktop seperti kalkulator, carian kamus/Wikipedia, waktu-waktu global dan berbagai-bagai lagi.
Untuk makluman pengguna Windows, Dashboard Mac OSX ini mendapat namanya dari 'dashboard' yang terdapat di kereta, di mana semua gajet dan tunjuk-panduan dibariskan di hadapan mata --- antara lain agar kita memandu mengikut halaju dan tak terperangkap dalam 'speed-trap' sekitar Simpang Pulai atau lebuhraya Metramac.
Saya baru menemukan perisian Widget Al-Quran untuk Mac OSX oleh Guided Ways Technologies yang memaparkan kesemua 30 juzuk. Selain dalam Bahasa Arab, ada juga terjemahan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, di samping Urdu, French, Turkish dan Spanish. Setidaknya memudahkan rujukan bila saja ada yang cuba menyeleweng atau memetik 'separuh' ayat-ayat Al-Quran hingga terus saja lari dari maksud asal.
This widget is simply brilliant!
Berbicara tentang penyelewengan ayat-ayat Al-Quran, saya pernah menulis tentangnya di Bandar Utopia@Yahoo!Groups dalam siri 'Serangan Takut Hidup' sekitar 2003 dahulu. Ketika itu siri ini ditulis untuk membincangkan perihal ektremisme dan militan Islam, namun dengan cubaan pengeliruan oleh Geert Wilders rasanya siri ini masih kekal relevan.
Serangan Takut Hidup: Bahagian I
Serangan Takut Hidup: Bahagian II
Serangan Takut Hidup: Bahagian III termasuk Bonus Material
Serangan Takut Hidup: Bahagian Akhir
Kenapa 'Serangan Takut Hidup'? Kerana saya tak nampak apa yang berani dalam perlakuan sumbang yang sesetengah kem bangga memanggilnya 'Serangan Berani Mati'...
No comments:
Post a Comment