Monday, April 7, 2008

Otograf Peribadi Dari Tun M

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dipecat dari UMNO sekitar 1969-1971 dahulu, beliau telah kembali semula kepada profesyen kedoktoran.

Ketika itu, MAHA Klinik, klinik beliau yang terletak di Pekan Melayu, Alor Setar amat terkenal di kalangan masyarakat setempat. Ditubuhkan pada tahun 1957 setelah Tun M bersara dari berkhidmat dengan hospital kerajaan, ia merupakan antara klinik persendirian pertama yang dibuka di kampung saya.

Hingga kini saya amat berbangga kerana Tun M sendiri merupakan doktor yang telah menanam vaksin ketika saya masih bayi. Sebagai doktor autoritatif terhadap bukti bahawa ibubapa saya telah menjalankan tanggungjawab seperti mana ibubapa lain yang baru menerima kelahiran cahayamata, notasi dan tandatangan Tun M termetrai pada sijil kelahiran saya, bertarikh 15 April 1970.

My Personal Tun M's Autograph.jpg

Kiranya inilah otograf peribadi dari Tun yang ada dalam simpanan.

And the most priceless!

3 comments:

fairuzhafeez said...

bagus otograf tu .. susah nak dapat tu ... doakan dr. m sedar akan "kesalahan" lalu ...

aku ade otograf dia tp tak tahu kat mana aku letak. cuma otograf tu x sempurna sebab habis dakwat.

Anonymous said...

priceless =)

Redz da Tsar said...

Hehe... Autograf Dr.M sebagai Dr Perubatan memang dah takde dah sekarang... Sekarang Autograf Dr.M sebagai ahli politik banyak la