Ulasan buku CHANTEK oleh John Norafizan, salah seorang penulis yang berjaya dizahirkan Relexjap. Seorang jurutera sebagai profesion, John telah menghasilkan novel-novel Sempadan Tanpa Seri, Tunjukkan Aku Satu Bintang, Cinderella Cinta dan yang terbaru, Garis-Garis Deja-Vu.
Thanks John! I'll be reviewing your latest work too!!!
CHANTEK Yang Cantik
CHANTEK yang cantik! CHANTEK adalah penerbitan yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Ia adalah sebuah personafikasi terhadap masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Ia bukan sekadar buku semata-mata. Ia sebenarnya adalah memoir yang manis!
Penyampaian CHANTEK merupakan gabungan tiga cabang seni yang berbeza: Penintaan prosa, kreatif reka bentuk dan juga fotografi yang penuh warna-warni seni yang meninggalkan kesan di hati. Ada lapan golongan khusus yang difokuskan di dalam CHANTEK iaitu; kanak-kanak, keluarga, wanita dan gadis, Orang kurang upaya (OKU), Orang papa/pengemis, Mangsa bencana alam, NGO dan warga emas.
Pemerhatian dan foto-foto yang diabadikan di dalam CHANTEK di sulami dengan kata-kata sajak yang menyentuh hati; dan ada kalanya membuatkan kita tersenyum. CHANTEK juga membuatkan kita berfikir, bagaimanakah kita boleh mengenali, mencintai dan mendekatkan diri dengan Pencipta?
Aku amat bertuah untuk mendapat senaskhah CHANTEK, kerana menurut Pengarah projek CHANTEK, saudara Asrul Muzaffar, ia masih lagi belum dilancarkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku di seluruh negara. Namun, ia adalah sesuatu yang berbaloi untuk ditunggu, dibeli dan dimiliki.
Persembahan pembacaan konseptual buku coffee-table yang amat menarik. Terlalu banyak yang membuatkan aku duduk berfikir dan merenung jauh setelah usai pembacaan CHANTEK. Benar-benar membuatkan aku terkesan. Benar-benar membuatkan hatiku tersentuh!
Nantikan kemunculannya! Tahniah Asrul dan gerak kerja CHANTEK kerana memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang amat bermakna seperti ini!
No comments:
Post a Comment