Friday, March 28, 2008

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku.jpg

Saya anggap diri saya sebagai 'considerate' dan terbuka bila melakukan komen. Maknanya saya lebih cenderung melihat dari berbilang sudut --- positif dan negatif --- sebelum melakukan sebarang keputusan atau meninta pandangan.

Bila sahaja ada yang tidak baik, harus ditegur. Juga bila ada sesuatu kebaikan, kredit harus diberi kepada yang empunya.

Namun saya tidak dapat menerima sebarang alasan untuk menghalalkan perbuatan menghina Sultan secara terang-terangan apatah lagi bila Baginda melakukan sesuatu berdasarkan pertimbangan bijaksana dan intelektual demi kesejahteraan ummah secara umumnya.

Apatah lagi bila penghinaan itu datangnya dari sebuah kumpulan yang dikatakan berjuang kerana bangsa, agama, Raja dan negara.






"Kami Nak Idris, Natang" merupakan penghinaan melampau yang tidak pernah langsung dilakukan oleh sesiapa dalam kumpulan itu sebelum ini. Setidaknya kumpulan 'lagi satu' yang awalnya dipanggil 'Biadab' oleh kumpulan ini sewaktu insiden di Darul Ridzwan telah meminta maaf secara terbuka kepada Sultan negeri berkenaan. Tapi kumpulan yang ini telah pergi lebih jauh hingga sanggup menentang prinsip asal yang kononnya menjadi perjuangan asas mereka!

Lebih memburukkan apabila mereka masih berada dalam sindrom penidakkan (denial syndrome) terhadap apa yang telah berlaku dalam arena politik negara akhir-akhir ini.

Sekiranya apa yang berlaku sebelum ini telah merudumkan imej kumpulan ini ke tahap yang paling buruk sejak kemerdekaan, penghinaan ini pula telah meletakkan mereka di tempat yang paling hina.

Hanya Mukjizat (Miracle) dari Pencipta sahaja yang mampu menyelamatkan imej dan kredibiliti mereka kini.

Daulat Tuanku!

1 comment:

Hasrul Halid said...

Tak mampu lagi nak berkata-kata, parti yang didokong dan disanjung dah jadi parti yang lebih mulia kalau diletakkan ke dalam TONG SAMPAH!

Daulat Tuanku!