Ada antara kita yang bila saja tidak menyukai sesuatu akan terus kondem 100% segala yang dilakukan 'sesuatu' itu walaupun ada antaranya mempunyai merit dan kebaikan. Saya kategorikan orang sebegini sebagai 'bodoh sombong'.
Ada pula antara kita yang terlalu mengagungkan sesuatu akan menerima bulat-bulat apa saja yang dibuat atau dikatakan 'sesuatu' itu hingga ke satu tahap seolah-olah menyamai seorang nabi yang maksum. Saya kategorikan orang sebegini sebagai 'balachi'.
Pada saya pula, "give credit where credit is due".
Untuk rekod, saya sememangnya mengkagumi YB Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang pernah memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan ADUN Kawasan Lembah Pantai sebelum Pilihanraya Umum 2008.
Antara penghormatan terbesar yang pernah saya terima ialah mendapat peluang untuk bertemu secara terus dengan beliau ketika proses menyiapkan buku 'coffee-table' CHANTEK pada tahun lepas. Walaupun cuma bertemu secara peribadi sebanyak tiga kali secara rasmi untuk memberi laporan kemajuan dan membentangkan unjuran 'mock' CHANTEK, saya dapati beliau sebenarnya mempunyai citarasa tinggi, ide yang bernas, boleh menerima pendapat orang lain (asal saja dilapik fakta --- beliau adalah bekas majistret) dan mempunyai 'sense of humour'.
Ini dapat dilihat terhadap kemajuan kawasan Lembah Pantai sejak beliau menjadi wakil kawasan, terutamanya dari segi peningkatan taraf hidup setinggan kawasan tersebut. Dari segi portfolio Shahrizat sebagai menteri pula, wah... kalau nak dibariskan pencapaiannya dari tahun 2001 ke 2007, memang 'sampai esok pagi' jawabnya:
Agresif mengunjurkan pindaan perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia - Hak sama rata antara lelaki dan wanita yang sebulat suara diluluskan parlimen pada 1 Ogos 2001.
Agresif mengunjurkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender pada tahun 2003 yang mana berfungsi menentukan halatuju dan dasar serta memantau pelaksanaan projek yang berkaitan dengan pembangunan wanita dan keluarga.
Agresif meminta Kerajaan melaksanakan dasar bahawa wanita harus memegang jawatan di peringkat 'decision maker' dalam sektor awam (kurang pasti sama ada sektor swasta juga melaksanakannya). Dasar ini dipersetujui Kerajaan pada tahun 2004.
Penubuhan Klinik 'Nur Sejahtera' yang menyediakan khidmat kesihatan reproduktif, saringan kanser wanita, kaunseling dan informasi.
Mengetuai dialog-dialog antarabangsa yang menyentuh isu-isu kesaksamaan gender dan masyarakat seperti Sidang Penduduk Asian dan Asia Pasifik Kelima di Bangkok pada tahun 2002.
Mewartakan Akta Kanak-Kanak (Akta 611) pada tahun 2002 yang bertujuan memberikan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan bagi kanak-kanak dan meningkatkan hukuman terhadap kesalahan rogol melalui pindaan Seksyen 375 Kanun Keseksaan pada tahun 2002.
Berbaris-baris dan berjela-jela pencapaian terhadap golongan-golongan sasar seperti kanak-kanak, keluarga, wanita & gadis, orang kurang upaya, orang papa, mangsa bencana alam, NGO dan warga emas.
Ada yang bertanya saya, kenapa Shahrizat boleh kalah padahal beliau memiliki kredibiliti dan 'track record' yang memberangsangkan. Jawapan saya ialah kerana beliau berada di tempat dan masa yang tidak sesuai --- ketika masyarakat mula muak dengan kerenah golongan tertentu dalam parti yang juga dianggotainya. Juga terpaksa bertembung dengan darah daging 'kepala' Parti Keadilan Rakyat yang dilihat sebagai 'alternatif baru' dalam senario politik tanahair yang dibebani imej negatif sejak empat tahun sudah.
Saya banyak melayari Web sejak keputusan Pilihanraya 2008 diumumkan. Banyak terdapat gesaan atau ejekan 'padan muka' terhadap individu tertentu yang kalah. Namun hingga ke hari ini saya belum melihat sebarang posting atau artikel yang memperlecehkan pencapaian Shahrizat. Itu, pada saya, banyak berbicara!
Oleh yang demikian, saya merasa gembira bila mendapat tahu bahawa Shahrizat telah dilantik sebagai Penasihat Khas (Berpangkat Menteri) Kepada Perdana Menteri yang akan banyak memberikan pandangan dan input berkualiti terhadap portfolio dan skop kerja yang pernah disandangnya sebelum ini.
Shahrizat mempercayai 'merit'. Secara mudah, caranya ialah 'buktikan dahulu bahawa anda bercakap serupa bikin' sebelum diberikan kepercayaan menangani projek-projek yang dianugerahkannya.
Itulah antara pengalaman berguna yang kami alami ketika menyiapkan CHANTEK.
Dan semoga kami akan terus menerima pengalaman-pengalaman berguna seumpamanya dan limpahan 'wisdom' beliau di masa hadapan!
2 comments:
saya bersetuju dgn anda!
-walaupun datuk sri shahrizat kalah di lembah pantai, tapi beliau jenis yang 'betul2 buat kerja'. Dan paklah nampak itu ('betul2 buat kerja').
-saya masih menunggu adakah menteri yg digugurkan akan dilantik semula menjadi penasihat khas walaupun menang bertanding. Ramai kan? rafidah, azmi khalid, radzi....
-pendapat saya, 'betul2 buat kerja' berbeza dengan 'buat kerja'.
Anda benar, asrul. Sememangnya saya teramat bosan dengan budaya kondem dikalangan Malaysian sehingga menutup keupayaan sebenar orang yang mereka kondem dan memuji setinggi langit org yang mereka sanjung seolahnya orang itu amat sempurna
Post a Comment