Saturday, March 15, 2008

Imbas Jalanan-Puncak Dan Deja Vu

Saya sememangnya komited terhadap perkembangan seni dan kesusasteraan tanahair, apatah lagi bila ia melibatkan rakan-rakan baik.

Hari ini, 15 Mac 2008, saya menerima dua jemputan untuk menghadiri dua aktiviti seni yang mana serentak berlangsung pada masa yang sama. Dengan itu saya menetapkan prioriti berdasarkan undangan mana yang saya terima terlebih dahulu dan seterusnya merancang perjalanan ke dua-dua tempat dalam menelusuri jalan sibuk ibukota.

Aktiviti pertama ialah pelancaran pameran 'From The Street To The Peak' di R.A. Fine Arts Gallery, Jalan Ampang. Ia merupakan pameran bersama karya seni lima aktivis seni yang tersohor --- Profesor Siti Zainon Ismail, Patrick Lasak, Mansor Ghazali, Tan See Ling dan Maslin Md Ramly. Walaupun sekadar singgah untuk menyapa Profesor Siti (yang mana saya sedang berusaha berkolaborasi beberapa projek dengannya) dan Raja Ahmad Aminullah ('Tuan Rumah' R.A. Gallery) yang begitu ramah, saya bertekad untuk singgah semula nanti. Ini memandangkan pameran ini telah berlangsung dari 6 Mac dan akan berakhir pada 31 Mac 2008. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi (03)21617341.

'From The Streets To The Peak' Launch.jpg

Dari Jalan Ampang, saya meredah Jalan Tun Razak dan tiba di Bandar Baru Bangi sekitar 3.20pm. Tidak sukar untuk mencari Restoran The Rain, lokasi pelancaran novel 'Garis-Garis Deja Vu' oleh John Norafizan.

Saya mengenali John melalui grup Relexjap, di mana saya pun mengasah bakat. Siri posting beliau 'Cinta Di Mersing, Luka Di Prestwich' seterusnya diolah dan dibukukan sebagai 'Sempadan Tanpa Seri', diterbitkan oleh Creative Enterprise. Dua novel lagi seterusnya menyusul, 'Tunjukkan Aku Satu Bintang' dan 'Cinderella Cinta'. 'Garis-Garis Deja Vu' merupakan novel pertama John terbitan Jemari Seni.

'Garis-Garis Deja Vu' Launch.jpg

Yang menariknya tentang John ialah beliau merupakan seorang jurutera sebagai profesyen dan sebelum ini John sendiri tidak menjangka mampu menulis dalam Bahasa Kebangsaan. Lagipun sebagai lulusan University of Salford U.K., kebanyakan bahan bacaan beliau adalah dalam Bahasa Inggeris.

Dalam otografnya, John menyatakan yang beliau masih "menanti novel pertama" saya. Ahaks... writing novel is never my strongest point, John. Namun InsyaAllah saya sedang usahakan "Dunia Yang Ku Cari" yang kiranya merupakan novel fiksyen pertama dan terakhir saya. Sehingga itu, enjoy 'CHANTEK', yang mana senaskah berotograf telah saya hadiahkan pada John di majlis tadi.

Saya telah berjanji untuk menulis ulasan tentang novel terbaru ini yang menurut John mempunyai pendekatan "lain dari yang lazim ditulisnya". So watch this space!!!

No comments: