Thursday, March 27, 2008

Bila CHANTEK Akan Dipasarkan?

Soalan sejuta ringgit sebenarnya!

Buku CHANTEK ini telah dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007, ketika YB Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil masih memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri.

l_7203d21552af2a365e23720a965c9a88.jpg

Kami difahamkan bahawa di antara kontrak-kontrak buku 'coffee-table' yang dianugerahkan oleh KPWKM pada tahun lepas, hanya kami satu-satunya agensi yang berjaya menyiapkan pembacaan konseptual tersebut menepati masa. Walau bagaimanapun, perubahan 'tsunami' yang melanda politik negara telah menyebabkan penyebaran buku ini terbantut seketika oleh kerana beberapa ketidak tentuan yang rasanya semua telah memaklumi.

Menarik untuk dinyatakan di sini bahawa antara komen umum yang sering kami terima dari mereka yang telah membelek CHANTEK setakat ini ialah ianya tidak kelihatan seperti sebuah buku "yang diterbitkan badan Kerajaan". Mungkin boleh juga dibaca sebagai "tidak berpropaganda", "tidak memiliki tata rias yang ketinggalan zaman" dan "isi kandungan yang membosankan".

Pertama sekali, mungkin inilah satu-satunya buku terbitan sebuah badan Kerajaan yang tidak langsung mempunyai sebarang foto wajah PM, Menteri dan Ketua Setiausaha walaupun mesej mereka dipaparkan secara lazimnya.

Keduanya, mungkin inilah juga salah satu penerbitan dari pihak seumpamanya yang benar-benar melewati sebarang sempadan kaum, agama atau kepercayaan. Kadang-kadang saya berjenaka; "Tu laaa... kalau depa launch CHANTEK sebelum election mungkin depa tak kalah teruk macam ni".

Nota: Anda boleh membaca komen dari John Norafizan mengenai CHANTEK di sini.

Ini kerana, pada saya, CHANTEK sebenarnya lebih berpaksikan kepada spiritual berbanding politikal. Kesejahteraan dan kesaksamaan universal berbanding perkauman. Bersifat positif dan menginspirasikan berbanding propaganda. Kepada yang ingin membacanya secara santai, boleh saja melakukannya dan saya kira akan tetap tersentuh dengan kelainan zahiriah buku ini.

Namun bagi mereka yang lebih gemar menyibak yang tersirat, ada satu kepuasan yang tidak mungkin dapat dinyatakan andai anda sedar apakah sebenarnya yang cuba digarapkan oleh CHANTEK.

Berita terkini yang saya terima adalah pihak KPWKM sendiri tidak pasti bila CHANTEK akan dipasarkan seperti mana buku-buku lain terbitan Kementerian tersebut.

Oleh yang demikian, saya sarankan agar anda menghubungi Bahagian Media dan Perhubungan Awam KPWKM secara terus untuk mendapatkan CHANTEK andai anda tidak mahu menunggu lama --- Telefon: (03)26930095 Faks: (03)26934982.

Mungkin mereka boleh membantu.

Dalam pada itu, anda boleh membaca mengenai 'di belakang tabir' buku ini melalui link-link berikut:

1 comment:

Anonymous said...

Harap release date CHANTEK dapat dipercepatkan,.. rugi kalau a very good book like this goes out in the market unnoticed..