Waduhhhh!!! Kena tag pula dengan my bro yang terkenal dengan SuratDalamBotol nya...
Soalannya (yang telah diedit oleh beliau) berbunyi "Apakah yang sentiasa ada dalam poket kamu? Dan apa pulak yang kamu pakai di tangan, lengan, jari dan seumpama dengannya?"
Hmmm... Kalau setakat nak buat deskripsi memang tak ada masalah. Namun memandangkan pada saya blog terasa 'kosong' tanpa imej, terpaksalah juga saya mengosongkan apa yang ada dalam poket saya sekarang ini dan mengambil gambar dengan kamera telefon.
Jadi secara ringkasnya:
- Dompet yang sebenarnya hanya penuh dengan kad. Kadnya juga bukanlah kad kredit tetapi MyKad, Bank Card, Discount Card, Loyalty Card, etc dan resit-resit dobi serta transaksi menggunakan ATM.
- Call card holder yang saya simpan segala kad-kad bisnes. Juga sebagai 'simpanan sementara' bagi kad-kad bisnes orang lain yang dikumpul sebelum dipindahkan ke desktop card holder.
- Duit syiling. Seboleh mungkin saya gemar menggunakan 'exact change' bila membeli barang atau membayar tol.
- Saputangan. Untuk lap mulut dan segala yang berkaitan. Juga untuk cuci kaca cermin mata yang berkabus lepas keluar dari kereta berhawa dingin yang sejuk 'gilabab'.
- Ball pen Pilot G2 yang dakwatnya tidak comot. Untuk memudahkan aktiviti mencatit atau mengisi borang.
- Jam Tag Hauer yang baru dibeli dua minggu lepas.
- Berus rambut, cuma RM1.50 di pasar malam. Saya mempunyai satu berus seumpamanya di atas meja solek di rumah, dalam 'glove box' kereta dan yang di dalam poket.
Tiada dalam gambar:
- Nokia N70ME (yang saya guna untuk ambil gambar ini)
- Cincin kawin dan cincin tunang (yang sentiasa lekat di jari kecuali ketika mahu mandi)
- Pen Drive 2GB
Oleh yang demikian saya dengan segala hormatnya mentag pula:
Buat pengetahuan yang tidak tahu, tag-mentagging ini sebenarnya permainan para blogger yang mana mereka yang di'tag' perlu memberikan beberapa 'useless information' tentang diri mereka dan seterusnya men'tag' pula beberapa bloggers yang lain.
Happy tagging dan Selamat Menyambut Maulidul Rasul.
No comments:
Post a Comment