Salah seorang rakan MySpace sebahagian lagi dari saya (my other half) bergelar 'Prince Photographer' telah tag foto famili kami yang dirakam oleh Ted Adnan sempena Aidil Fitri 2007, mengolahnya dan mempamerkannya di laman beliau.
Monday, March 31, 2008
'Forever Love' by Prince Photographer
Mawi Menang Lagi
Tiada apa-apa rancangan yang menarik di Kotak Bodoh malam ini, jadi saya sekadar santai melayan TV terrestrial untuk membuang masa. Yang sebahagian saya membolot komputer Mac, manakala serikandi dan pahlawan pula sibuk bermain bersama.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 ke udara secara langsung. Satu demi satu artis dan penggiat seni tampil memenangi hadiah bernilai ratusan ribu ringgit berkat 'sokongan' mereka yang mana definasi kebahagiaan adalah dengan menghabiskan wang gaji, wang biasiswa atau wang ibubapa mengirim sama ada undian SMS mahupun melalui borang di akhbar.
Kemuncak acara ialah pengumuman pemenang Artis Paling Popular 2007 yang akan membawa pulang sebuah kereta Peugeot 407 2.0 beserta barang kemas sumbangan Habib Jewels. Seperti yang sudah dijangka, Raja SMS Mawi menang lagi. Tidak mengira sama ada terdapat yang lebih berhak atau lebih layak, sama ada suara atau persembahannya ada peningkatan sepanjang tahun lepas atau sama ada Mawi ada menyumbang ke arah pembangunan negara dan insaniah. Asal ada saja Mawi dan format undian seumpamanya, pasti beliau menang.
Tulisan saya pernah disiarkan di blog Sultan Muzaffar sekitar musim ketiga Akademi Fantasia dahulu, mengupas kenapa kelibat Mawi mampu menjadi fenomena di persada seni tanah air walaupun 'bakat'nya bagi saya hanyalah sekadar 'average' sahaja:
"Ramai dari kita yang boleh 'identify' dan 'relate' dengan Mawi. Seorang yang berasal dari kampung, juara qari, pandai bersilat dan sentiasa berusaha membantu keluarganya. Mungkin 2-3 bulan lepas Mawi hanyalah seorang pemuda kampung biasa yang bekerja, memiliki awek/tunang dan menjalani kehidupan 'biasa'. Namun mungkin beliau sendiri tidak menyangka betapa hidupnya akan berubah. Mungkin ujibakat AF yang dihadiri secara suka-suka pada satu hari itulah sebenarnya yang bakal merubah terus kehidupannya".
Mungkin Mawi merupakan refleksi segolongan kita yang merasakan hidup ini 'tidak ke mana', sering gagal dalam usaha memajukan diri dan kecewa dengan keadaan hidup. Satu hari, dengan lencongan kejadian dari Tuhan Yang Satu, tiba-tiba memiliki segalanya. Jadi dengan 'berjayanya' Mawi, golongan ini mendapat suntikan semangat --- bukan untuk berusaha mencapai kejayaan dengan gigih --- tapi dengan terus-terusan 'memenangkan' Mawi.
Ini kerana bila Mawi memenangi sesuatu, mereka merasakan diri mereka juga turut menang.
Mungkin inilah penjelasan rasional yang simplistik terhadap kenapa walau setelah beberapa tahun Akademi Fantasia musim ketiga berlalu, Mawi masih kekal memenangi pertandingan sebegini. Mungkin (kerana saya tidak mempunyai data undian secara terperinci) Mawi bukanlah 'Artis Paling Popular' tetapi 'Artis Yang Mana Peminat Sanggup Menghabiskan Duit Menghantar Undian Berkali-Kali'.
Mungkin parti pemerintah boleh mengumpan Mawi dan sewaktu pemilihan Majlis Tertinggi kelak, jadikan beliau salah seorang yang memegang jawatan penting. Mungkin nanti walau apa saja krisis atau isu caca merba yang dihadapi parti berkenaan, faktor Mawi akan memastikan sokongan dari sektor tertentu akan kekal ada. Sokongan akan kekal ada walaupun Mawi tertidur sewaktu perbahasan, walaupun mana-mana saudara terdekatnya melatam wang rakyat atau walaupun beliau sendiri mempamerkan kain rentang yang berbunyi menghina Sultan.
Percayalah!
Taksub kepada seseorang, tak kiralah beliau itu pemimpin atau selebriti, merupakan bentuk ketaksuban yang paling mudah dieksploitasi.
Friday, March 28, 2008
Daulat Tuanku!
Saya anggap diri saya sebagai 'considerate' dan terbuka bila melakukan komen. Maknanya saya lebih cenderung melihat dari berbilang sudut --- positif dan negatif --- sebelum melakukan sebarang keputusan atau meninta pandangan.
Bila sahaja ada yang tidak baik, harus ditegur. Juga bila ada sesuatu kebaikan, kredit harus diberi kepada yang empunya.
Namun saya tidak dapat menerima sebarang alasan untuk menghalalkan perbuatan menghina Sultan secara terang-terangan apatah lagi bila Baginda melakukan sesuatu berdasarkan pertimbangan bijaksana dan intelektual demi kesejahteraan ummah secara umumnya.
Apatah lagi bila penghinaan itu datangnya dari sebuah kumpulan yang dikatakan berjuang kerana bangsa, agama, Raja dan negara.
"Kami Nak Idris, Natang" merupakan penghinaan melampau yang tidak pernah langsung dilakukan oleh sesiapa dalam kumpulan itu sebelum ini. Setidaknya kumpulan 'lagi satu' yang awalnya dipanggil 'Biadab' oleh kumpulan ini sewaktu insiden di Darul Ridzwan telah meminta maaf secara terbuka kepada Sultan negeri berkenaan. Tapi kumpulan yang ini telah pergi lebih jauh hingga sanggup menentang prinsip asal yang kononnya menjadi perjuangan asas mereka!
Lebih memburukkan apabila mereka masih berada dalam sindrom penidakkan (denial syndrome) terhadap apa yang telah berlaku dalam arena politik negara akhir-akhir ini.
Sekiranya apa yang berlaku sebelum ini telah merudumkan imej kumpulan ini ke tahap yang paling buruk sejak kemerdekaan, penghinaan ini pula telah meletakkan mereka di tempat yang paling hina.
Hanya Mukjizat (Miracle) dari Pencipta sahaja yang mampu menyelamatkan imej dan kredibiliti mereka kini.
Daulat Tuanku!
Thursday, March 27, 2008
Bila CHANTEK Akan Dipasarkan?
Soalan sejuta ringgit sebenarnya!
Buku CHANTEK ini telah dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007, ketika YB Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil masih memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri.
Kami difahamkan bahawa di antara kontrak-kontrak buku 'coffee-table' yang dianugerahkan oleh KPWKM pada tahun lepas, hanya kami satu-satunya agensi yang berjaya menyiapkan pembacaan konseptual tersebut menepati masa. Walau bagaimanapun, perubahan 'tsunami' yang melanda politik negara telah menyebabkan penyebaran buku ini terbantut seketika oleh kerana beberapa ketidak tentuan yang rasanya semua telah memaklumi.
Menarik untuk dinyatakan di sini bahawa antara komen umum yang sering kami terima dari mereka yang telah membelek CHANTEK setakat ini ialah ianya tidak kelihatan seperti sebuah buku "yang diterbitkan badan Kerajaan". Mungkin boleh juga dibaca sebagai "tidak berpropaganda", "tidak memiliki tata rias yang ketinggalan zaman" dan "isi kandungan yang membosankan".
Pertama sekali, mungkin inilah satu-satunya buku terbitan sebuah badan Kerajaan yang tidak langsung mempunyai sebarang foto wajah PM, Menteri dan Ketua Setiausaha walaupun mesej mereka dipaparkan secara lazimnya.
Keduanya, mungkin inilah juga salah satu penerbitan dari pihak seumpamanya yang benar-benar melewati sebarang sempadan kaum, agama atau kepercayaan. Kadang-kadang saya berjenaka; "Tu laaa... kalau depa launch CHANTEK sebelum election mungkin depa tak kalah teruk macam ni".
Nota: Anda boleh membaca komen dari John Norafizan mengenai CHANTEK di sini.
Ini kerana, pada saya, CHANTEK sebenarnya lebih berpaksikan kepada spiritual berbanding politikal. Kesejahteraan dan kesaksamaan universal berbanding perkauman. Bersifat positif dan menginspirasikan berbanding propaganda. Kepada yang ingin membacanya secara santai, boleh saja melakukannya dan saya kira akan tetap tersentuh dengan kelainan zahiriah buku ini.
Namun bagi mereka yang lebih gemar menyibak yang tersirat, ada satu kepuasan yang tidak mungkin dapat dinyatakan andai anda sedar apakah sebenarnya yang cuba digarapkan oleh CHANTEK.
Berita terkini yang saya terima adalah pihak KPWKM sendiri tidak pasti bila CHANTEK akan dipasarkan seperti mana buku-buku lain terbitan Kementerian tersebut.
Oleh yang demikian, saya sarankan agar anda menghubungi Bahagian Media dan Perhubungan Awam KPWKM secara terus untuk mendapatkan CHANTEK andai anda tidak mahu menunggu lama --- Telefon: (03)26930095 Faks: (03)26934982.
Mungkin mereka boleh membantu.
Dalam pada itu, anda boleh membaca mengenai 'di belakang tabir' buku ini melalui link-link berikut:
CHANTEK Di Blog John Norafizan
Ulasan buku CHANTEK oleh John Norafizan, salah seorang penulis yang berjaya dizahirkan Relexjap. Seorang jurutera sebagai profesion, John telah menghasilkan novel-novel Sempadan Tanpa Seri, Tunjukkan Aku Satu Bintang, Cinderella Cinta dan yang terbaru, Garis-Garis Deja-Vu.
Thanks John! I'll be reviewing your latest work too!!!
CHANTEK Yang Cantik
CHANTEK yang cantik! CHANTEK adalah penerbitan yang diusahakan bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Ia adalah sebuah personafikasi terhadap masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Ia bukan sekadar buku semata-mata. Ia sebenarnya adalah memoir yang manis!
Penyampaian CHANTEK merupakan gabungan tiga cabang seni yang berbeza: Penintaan prosa, kreatif reka bentuk dan juga fotografi yang penuh warna-warni seni yang meninggalkan kesan di hati. Ada lapan golongan khusus yang difokuskan di dalam CHANTEK iaitu; kanak-kanak, keluarga, wanita dan gadis, Orang kurang upaya (OKU), Orang papa/pengemis, Mangsa bencana alam, NGO dan warga emas.
Pemerhatian dan foto-foto yang diabadikan di dalam CHANTEK di sulami dengan kata-kata sajak yang menyentuh hati; dan ada kalanya membuatkan kita tersenyum. CHANTEK juga membuatkan kita berfikir, bagaimanakah kita boleh mengenali, mencintai dan mendekatkan diri dengan Pencipta?
Aku amat bertuah untuk mendapat senaskhah CHANTEK, kerana menurut Pengarah projek CHANTEK, saudara Asrul Muzaffar, ia masih lagi belum dilancarkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku di seluruh negara. Namun, ia adalah sesuatu yang berbaloi untuk ditunggu, dibeli dan dimiliki.
Persembahan pembacaan konseptual buku coffee-table yang amat menarik. Terlalu banyak yang membuatkan aku duduk berfikir dan merenung jauh setelah usai pembacaan CHANTEK. Benar-benar membuatkan aku terkesan. Benar-benar membuatkan hatiku tersentuh!
Nantikan kemunculannya! Tahniah Asrul dan gerak kerja CHANTEK kerana memberikan rakyat Malaysia sesuatu yang amat bermakna seperti ini!
Monday, March 24, 2008
Where The Yuppies Roam
Di sini saya pada ketika ini, di mana segala Yuppies, Mak-Mak Datin, Anak-Anak Dato, Isteri-Isteri Sekunder dan Minah-Minah Sembunyian selalu berkumpul berbicara menghabiskan wang yang empunya.
Di sini jugalah mereka yang kononnya berbicara atas 'nama jelata' berkumpul dan terus-terusan melakukan andaian bahawa suara merekalah yang mewakili suara masyarakat majoriti --- di samping itu di selang seli dengan janji untuk bermain golf atau melepak di Zouk hujung minggu ini.
Bangsar Shopping Complex sememangnya sebuah lokasi yang menarik untuk ditinjau, terutama jika anda memiliki sebuah komputer mudah alih beserta WiFi. Cuma dapatkan segelas (atau secawan) kopi mengikut selera dan berlabuhlah di satu sudut.
Saya di sini sebenarnya menanti untuk bertemu seorang rakan niaga. Ada beberapa projek dalam masa terdekat yang mungkin mampu direalisasikan.
Adakah saya berada di sini juga menjadikan saya salah seorang dari 'yuppie'?
Ironi sungguh!!!
Wednesday, March 19, 2008
Tag: Ada Apa Dalam Poket?
Waduhhhh!!! Kena tag pula dengan my bro yang terkenal dengan SuratDalamBotol nya... Soalannya (yang telah diedit oleh beliau) berbunyi "Apakah yang sentiasa ada dalam poket kamu? Dan apa pulak yang kamu pakai di tangan, lengan, jari dan seumpama dengannya?" Hmmm... Kalau setakat nak buat deskripsi memang tak ada masalah. Namun memandangkan pada saya blog terasa 'kosong' tanpa imej, terpaksalah juga saya mengosongkan apa yang ada dalam poket saya sekarang ini dan mengambil gambar dengan kamera telefon. Jadi secara ringkasnya: Tiada dalam gambar: Oleh yang demikian saya dengan segala hormatnya mentag pula: Buat pengetahuan yang tidak tahu, tag-mentagging ini sebenarnya permainan para blogger yang mana mereka yang di'tag' perlu memberikan beberapa 'useless information' tentang diri mereka dan seterusnya men'tag' pula beberapa bloggers yang lain.
Tahniah Shahrizat!!!
Ada antara kita yang bila saja tidak menyukai sesuatu akan terus kondem 100% segala yang dilakukan 'sesuatu' itu walaupun ada antaranya mempunyai merit dan kebaikan. Saya kategorikan orang sebegini sebagai 'bodoh sombong'.
Ada pula antara kita yang terlalu mengagungkan sesuatu akan menerima bulat-bulat apa saja yang dibuat atau dikatakan 'sesuatu' itu hingga ke satu tahap seolah-olah menyamai seorang nabi yang maksum. Saya kategorikan orang sebegini sebagai 'balachi'.
Pada saya pula, "give credit where credit is due".
Untuk rekod, saya sememangnya mengkagumi YB Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang pernah memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan ADUN Kawasan Lembah Pantai sebelum Pilihanraya Umum 2008.
Antara penghormatan terbesar yang pernah saya terima ialah mendapat peluang untuk bertemu secara terus dengan beliau ketika proses menyiapkan buku 'coffee-table' CHANTEK pada tahun lepas. Walaupun cuma bertemu secara peribadi sebanyak tiga kali secara rasmi untuk memberi laporan kemajuan dan membentangkan unjuran 'mock' CHANTEK, saya dapati beliau sebenarnya mempunyai citarasa tinggi, ide yang bernas, boleh menerima pendapat orang lain (asal saja dilapik fakta --- beliau adalah bekas majistret) dan mempunyai 'sense of humour'.
Ini dapat dilihat terhadap kemajuan kawasan Lembah Pantai sejak beliau menjadi wakil kawasan, terutamanya dari segi peningkatan taraf hidup setinggan kawasan tersebut. Dari segi portfolio Shahrizat sebagai menteri pula, wah... kalau nak dibariskan pencapaiannya dari tahun 2001 ke 2007, memang 'sampai esok pagi' jawabnya:
Agresif mengunjurkan pindaan perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia - Hak sama rata antara lelaki dan wanita yang sebulat suara diluluskan parlimen pada 1 Ogos 2001.
Agresif mengunjurkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesaksamaan Gender pada tahun 2003 yang mana berfungsi menentukan halatuju dan dasar serta memantau pelaksanaan projek yang berkaitan dengan pembangunan wanita dan keluarga.
Agresif meminta Kerajaan melaksanakan dasar bahawa wanita harus memegang jawatan di peringkat 'decision maker' dalam sektor awam (kurang pasti sama ada sektor swasta juga melaksanakannya). Dasar ini dipersetujui Kerajaan pada tahun 2004.
Penubuhan Klinik 'Nur Sejahtera' yang menyediakan khidmat kesihatan reproduktif, saringan kanser wanita, kaunseling dan informasi.
Mengetuai dialog-dialog antarabangsa yang menyentuh isu-isu kesaksamaan gender dan masyarakat seperti Sidang Penduduk Asian dan Asia Pasifik Kelima di Bangkok pada tahun 2002.
Mewartakan Akta Kanak-Kanak (Akta 611) pada tahun 2002 yang bertujuan memberikan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan bagi kanak-kanak dan meningkatkan hukuman terhadap kesalahan rogol melalui pindaan Seksyen 375 Kanun Keseksaan pada tahun 2002.
Berbaris-baris dan berjela-jela pencapaian terhadap golongan-golongan sasar seperti kanak-kanak, keluarga, wanita & gadis, orang kurang upaya, orang papa, mangsa bencana alam, NGO dan warga emas.
Ada yang bertanya saya, kenapa Shahrizat boleh kalah padahal beliau memiliki kredibiliti dan 'track record' yang memberangsangkan. Jawapan saya ialah kerana beliau berada di tempat dan masa yang tidak sesuai --- ketika masyarakat mula muak dengan kerenah golongan tertentu dalam parti yang juga dianggotainya. Juga terpaksa bertembung dengan darah daging 'kepala' Parti Keadilan Rakyat yang dilihat sebagai 'alternatif baru' dalam senario politik tanahair yang dibebani imej negatif sejak empat tahun sudah.
Saya banyak melayari Web sejak keputusan Pilihanraya 2008 diumumkan. Banyak terdapat gesaan atau ejekan 'padan muka' terhadap individu tertentu yang kalah. Namun hingga ke hari ini saya belum melihat sebarang posting atau artikel yang memperlecehkan pencapaian Shahrizat. Itu, pada saya, banyak berbicara!
Oleh yang demikian, saya merasa gembira bila mendapat tahu bahawa Shahrizat telah dilantik sebagai Penasihat Khas (Berpangkat Menteri) Kepada Perdana Menteri yang akan banyak memberikan pandangan dan input berkualiti terhadap portfolio dan skop kerja yang pernah disandangnya sebelum ini.
Shahrizat mempercayai 'merit'. Secara mudah, caranya ialah 'buktikan dahulu bahawa anda bercakap serupa bikin' sebelum diberikan kepercayaan menangani projek-projek yang dianugerahkannya.
Itulah antara pengalaman berguna yang kami alami ketika menyiapkan CHANTEK.
Dan semoga kami akan terus menerima pengalaman-pengalaman berguna seumpamanya dan limpahan 'wisdom' beliau di masa hadapan!
Tuesday, March 18, 2008
Laisser Perplexe
Saturday, March 15, 2008
Imbas Jalanan-Puncak Dan Deja Vu
Saya sememangnya komited terhadap perkembangan seni dan kesusasteraan tanahair, apatah lagi bila ia melibatkan rakan-rakan baik.
Hari ini, 15 Mac 2008, saya menerima dua jemputan untuk menghadiri dua aktiviti seni yang mana serentak berlangsung pada masa yang sama. Dengan itu saya menetapkan prioriti berdasarkan undangan mana yang saya terima terlebih dahulu dan seterusnya merancang perjalanan ke dua-dua tempat dalam menelusuri jalan sibuk ibukota.
Aktiviti pertama ialah pelancaran pameran 'From The Street To The Peak' di R.A. Fine Arts Gallery, Jalan Ampang. Ia merupakan pameran bersama karya seni lima aktivis seni yang tersohor --- Profesor Siti Zainon Ismail, Patrick Lasak, Mansor Ghazali, Tan See Ling dan Maslin Md Ramly. Walaupun sekadar singgah untuk menyapa Profesor Siti (yang mana saya sedang berusaha berkolaborasi beberapa projek dengannya) dan Raja Ahmad Aminullah ('Tuan Rumah' R.A. Gallery) yang begitu ramah, saya bertekad untuk singgah semula nanti. Ini memandangkan pameran ini telah berlangsung dari 6 Mac dan akan berakhir pada 31 Mac 2008. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi (03)21617341.
Dari Jalan Ampang, saya meredah Jalan Tun Razak dan tiba di Bandar Baru Bangi sekitar 3.20pm. Tidak sukar untuk mencari Restoran The Rain, lokasi pelancaran novel 'Garis-Garis Deja Vu' oleh John Norafizan.
Saya mengenali John melalui grup Relexjap, di mana saya pun mengasah bakat. Siri posting beliau 'Cinta Di Mersing, Luka Di Prestwich' seterusnya diolah dan dibukukan sebagai 'Sempadan Tanpa Seri', diterbitkan oleh Creative Enterprise. Dua novel lagi seterusnya menyusul, 'Tunjukkan Aku Satu Bintang' dan 'Cinderella Cinta'. 'Garis-Garis Deja Vu' merupakan novel pertama John terbitan Jemari Seni.
Yang menariknya tentang John ialah beliau merupakan seorang jurutera sebagai profesyen dan sebelum ini John sendiri tidak menjangka mampu menulis dalam Bahasa Kebangsaan. Lagipun sebagai lulusan University of Salford U.K., kebanyakan bahan bacaan beliau adalah dalam Bahasa Inggeris.
Dalam otografnya, John menyatakan yang beliau masih "menanti novel pertama" saya. Ahaks... writing novel is never my strongest point, John. Namun InsyaAllah saya sedang usahakan "Dunia Yang Ku Cari" yang kiranya merupakan novel fiksyen pertama dan terakhir saya. Sehingga itu, enjoy 'CHANTEK', yang mana senaskah berotograf telah saya hadiahkan pada John di majlis tadi.
Saya telah berjanji untuk menulis ulasan tentang novel terbaru ini yang menurut John mempunyai pendekatan "lain dari yang lazim ditulisnya". So watch this space!!!
Friday, March 14, 2008
"Just Do Your Job, Dammit!!!" (Bahagian II)
Seharian semalam terlantar. Sakit gigi di sebelah kiri. Bermacam saya cuba dari menelan berbiji Panadol & Ponstan, memberus gigi berkali-kali hinggalah berkumur dari Listerine ke air garam. Peliknya, kuman yang menyebabkan sakit tu seakan tahu melarikan diri. Sekejap ke atas (menyebabkan sakit di bahagian atas), sekejap ke bawah, ke tengah (dan seterusnya).
Semalam ada rakan meninggalkan 'jerit' pada Shoutbox di blog Bandar Utopia. Katanya; "Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar". "Jangan jadi Melayu tak sedar diri". "Ada kalanya apa yang hendak dititipkan ditapis dahulu".
Mungkin peninggal jeritan itu merujuk kepada artikel-artikel berbau politik yang saya nukilkan sejak beberapa minggu sudah. Sebenarnya, mereka yang sudah agak lama mengikuti nukilan-nukilan saya tentu sedar bahawa saya bukanlah gemar sangat berbicara tentang politik. Malah sejak saya aktif menulis dari tahun 2001, artikel 'politik' saya boleh dikira dengan jari. Saya juga pernah menerima tawaran dari seorang Menteri Kabinet untuk menjadi salah seorang penulis pojok parti namun saya terus saja menolaknya.
Daripada berbicara tentang subjek politik itu sendiri, saya lebih cenderung kepada bentuk pemikiran yang menjurus ke arah penghasilan sesuatu ideologi. Saya gemar melihat dari berbilang sudut (Metoda Pemikiran Saintifik) dan paling penting, segala penulisan itu harusnya dizahirkan secara jujur (Menulis Dari Hati).
Jadi berdasarkan kepada pandangan yang adil (mengambil kira berbilang sudut fakta) dan ikhlas (berdasarkan nawaitu) itulah saya menulis "Just Do Your Job, Dammit!!!", "Di Landasan Yang Sama Rata", "Kredibiliti Bukan Sekadar Pada Rupa" dan yang terbaru "Tiada Hinanya".
Saya juga ada menerima respons dari seorang sahabat bertanya bagaimanakah seseorang yang kelihatan 'pro-BN' seperti saya boleh secara tiba-tiba seakan 'berpaling tadah'? Untuk rekod, biarlah saya katakan bahawa saya bukanlah 'pro-BN' tetapi saya menyokong mana-mana usaha dari mana-mana parti politik yang mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat. Sebelum 2004, satu-satunya parti yang mempunyai rekod terbukti (proven record) dalam hal ini ialah BN. Malah sekarang inipun, BN merupakan satu-satunya parti yang ada pengalaman sedemikian dan ada antara kejayaannya yang diiktiraf serata dunia (dan ada juga negara lain yang mengambilnya sebagai model contoh).
Jadi andai saya merasakan bahawa sumbangan dari parti berkenaan dalam beberapa tahun lepas begitu mengecewakan, berterabur, tak dapat menangani isu-isu penting (atau lebih bersikap 'tutup sebelah mata'), berbau perkauman melampau (mencium keris, ancaman menghalau bukan Melayu dari Malaysia) dan yang paling penting --- mencampur-adukkan hubungan keluarga dengan politik --- saya kira adalah menjadi hak saya untuk menimbangkan alternatif lain.
Satu lagi respons diterima bertanyakan apa perasaan saya bila kampung saya sekarang ditadbir oleh Kerajaan Negeri PAS. Untuk komen ini, saya kena buat bullet point, ahaks....
(a) Saya lihat PAS memiliki perubahan besar dalam kempen pilihanraya kali ini, yakni mereka lebih menumpukan kepada 'strategi yang akan dilakukan' andai mereka berkuasa berbanding 'nak tubuh negara Islam' yang mereka sering war-warkan. Saya juga sebenarnya tertarik dengan Manifesto Negara Berkebajikan mereka. Sama ada mereka mampu melaksanakannya atau tidak pada saya mereka yang lebih tahu. Namun sebagai seseorang yang gemarkan inisiatif baru, manifesto tersebut adalah seperti 'a breath of fresh air'.
(b) Bertahun kebelakangan ini, malah sejak bersekolah, saya sering dibayangi bahawa Kelantan di bawah PAS adalah mundur dan ketinggalan dari segi pembangunan. Walaupun argumen ini memiliki merit, setelah berkahwin dengan awek Kelantan dan telah beberapa kali pulang ke sana untuk beraya, saya dapati keadaan di Serambi Mekah itu tidaklah seteruk yang dipancangkan oleh media arus perdana. Sekali lagi untuk rekod, saya amat kagum melihat bagaimana rakyat Kelantan sudah kembali berniaga pada Hari Raya Kedua --- ketika umat Islam di negeri lain masih tersadai kekenyangan dek ketupat, dodol dan lemang. Jadi bila difikir-fikirkan; "They must be doing something right, so why not give them a chance?" Peluang untuk mereka membuktikan.
(c) Sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang Komunikasi Korporat dan perniagaan kecil-kecilan, saya perlu bertemu dengan berjenis-jenis manusia. Baik untuk urusan perniagaan mahupun urusan libur. Sebenarnya saya sudah muak dengan kata-kata sombong sesetengah orang yang saya temui bahawa; "Asalkan ada duit, sure boleh dapat projek dari Kerajaan atau Majlis Bandaraya/Perbandaran". Golongan ini tidak mempercayai merit dan mengenepikan sama sekali kualiti 'deliverables' mereka, asal saja bayaran diterima dan poket berisi. Malah jarang sangat saya dengar golongan ini berbicara tentang merit. Mereka lebih gemar berbicara tentang 'kabel kuat' dan 'siapa yang boleh masuk kantung'. Mungkin itulah sebab bumbung beberapa kompleks kerajaan runtuh, bumbung Parlimen bocor dan jalanraya retak dalam 4 tahun sebelum ini.
(d) Ada juga antara orang-orang yang saya sebut dalam (c) tadi begitu gah berbicara tentang politik dan bagaimana merekalah 'generasi baru orang Melayu' ketika ditangan mereka terdapat segelas Draught Beer. Pada saya, bersembanglah sampai pagi esok tentang politik atau 'memperjuangkan rakyat' tetapi jangan menipu diri sendiri. Kesalahan paling besar yang sering dilakukan kebanyakan politikus dan penulis blog adalah mengandaikan bahawa pemikiran mereka yang kerdil itu 'mewakili suara rakyat majoriti'. 'Disillusionment' sebegini selalunya akan memakan diri. Contoh terbaru ialah daripada BN sendiri. Nak tahu mana 'suara rakyat majoriti'? Pergi ke kampung-kampung di luar bandar. Jangan sekadar melepak di kelab-kelab eksklusif, padang-padang golf atau setidaknya Starbucks dan mulut gah berbicara tentang kononnya suara mereka mewakili 'suara majoriti'.
Jadi harapan saya kepada Kerajaan PAS di Kedah ialah:
(a) Tumpukan dahulu pada pembangunan negeri dan kesejahteraan semua kaum. Soal Hudud tu tak perlu dibangkitkan ketika ini. Killjoy. Ingatlah hakikat bahawa masyarakat mengundi PAS bukanlah kerana mereka menyokong, namun kerana mereka tidak memiliki alternatif lain untuk menunjukkan protes. Berpijak di bumi nyata. PAS menang kerana imej yang tidak begitu fundamentalis seperti sebelum ini. Dah menang, kepala jadi besar sikit. Jadi kecilkanlah kembali kepala itu dan lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Seperti posting saya sebelum ini, "Just Do Your Job, Dammit!!!"
(b) Banteras gejala rasuah. Dalam empat tahun sudah, ada beberapa projek di Kedah yang menelan berjuta ringgit namun selepas itu menjadi gajah putih. Tak perlulah saya bariskan di sini. Pastikan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan rakyat dan perkenalkan metoda tender yang lebih telus berdasarkan merit dan bukannya kerana si pengunjur tender itu 'orang kuat parti' atau 'saudara mara'.
(c) Saya 150% bersetuju untuk diperketatkan penjualan minuman keras yang mana orang Islam sewajibnya dilarang sama sekali mengambilnya. Ini berdasarkan pengalaman peribadi terhadap betapa mudahnya budak-budak sekolah mendapatkan minuman keras yang seterusnya menjurus kepada gejala-gejala sosial yang lain.
(d) Hapuskan golongan rempit. Sekali lagi, ini merupakan pengalaman orang terdekat yang sekali itu pernah dikepung segolongan rempit kurang ajar ketika beliau ke surau untuk solat subuh. Dakwah Islamiyyah dari orang-orang kuat PAS mungkin mampu melembutkan hati remaja-remaja ini. Bukannya dengan menyatakan sokongan terangan seperti yang dilakukan oleh Putera Rempit dan membawa beberapa 'bekas rempit' untuk terjun di Kutub Utara (dan menghabiskan berjuta-juta wang hasil cukai) yang akhirnya tidak berkesan langsung membendung gejala ini.
(e) Jauhi isu perkauman dan jangan mudah melatah. Contoh terbaik ialah nukilan beberapa bloggers yang pada saya terdorong emosi bila saja Presiden DAP mengumumkan boikot upacara perlantikan MB Perak. Memang Kit Siang buat salah. Namun jangan dituang minyak pada api. Bersifat rasional. Bila parti dan penyokong bersifat racist, masyarakat bukan Melayu yang mengundi PAS sebelum ini akan merasa 'resented'. Pilihan di tangan PAS --- sama ada untuk kekal berkuasa (dan meluaskan pengaruh) empat tahun selepas ini ataupun inilah satu-satunya catatan dalam sejarah yang mana PAS pernah memerintah Kedah untuk satu penggal sahaja.
(f) Beri peluang kepada penganut agama lain bersuara. BN sudah kecundang dalam menangani isu ini. Pada saya inilah peluang PAS membuktikan nur Islam yang sebenar --- yakni bersifat progresif, berfikiran saintifik dan bertoleransi. Andai ini dapat dilakukan dari sebuah parti yang sebelum ini kelihatan seperti bayang-bayang Taliban, pada saya ini adalah satu kemenangan yang besar dan mampu memperbaiki imej Islam yang banyak tercalar sejak 11 September 2001.
Akhir kata, saya kagum dengan keberanian MukhrizM menyatakan apa yang terbuku di hati secara terbuka. Terutama di saat yang lain memilih untuk berdiam diri atau sekadar menunggu orang lain memulakannya.
Sekali lagi, untuk semua calon pilihanraya yang menang, tanpa mengira sama ada anda dari BN, PAS, PKR atau DAP...
....JUST DO YOUR JOB, DAMMIT!!!
Monday, March 10, 2008
Tiada Hinanya
Tidak dapat tidur malam ini. Mungkin kerana berjaga sehingga subuh menantikan keputusan Pilihanraya 2008 pada pagi Ahad (dan baru tidur lewat petang tadi) membuatkan jam tubuh saya terganggu seketika.
Buka Web Browser dan layari laman Utusan Online. Terpampang headline "PM Tak Letak Jawatan: Angkat Sumpah Pukul 11 Pagi Ini - Saya Akan Teruskan Perjuangan". Wartawan Utusan memaparkan beberapa petikan kata-kata YAB Pak Lah sewaktu majlis bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di Kompleks Seri Perdana malam tadi:
"Saya akan teruskan perjuangan dan tidak akan meletakkan jawatan!" (perhatikan 'exclamation mark' di sini)
"Buat apa saya hendak letak jawatan, parti kita menang, saya tidak takut dan tidak gentar pada sesiapa kecuali Allah SWT".
Beginilah...
Saya berusia 39 tahun pada tahun ini. Sepanjang kederat saya mengenali apa itu dunia politik, saya kira inilah kali pertama dalam sejarah negara BN mengalami hasil pilihanraya yang sebegini teruk.
Selain memuhasabah diri, BN setidak-tidaknya harus memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia kerana hakikatnya apa yang berlaku dalam empat tahun sudah telah banyak memberi impak terhadap kepercayaan masyarakat tentang kredibiliti, 'kebersihan' dan hasil kerja BN. Ini merupakan satu senario yang amat-amat berbeza berbanding ketika BN menerima kemenangan besar dalam Pilihanraya sudah.
Jika dahulu ada yang memberi analisa bahawa kemenangan BN 'membuktikan Pak Lah disukai ramai', kekurangan pada tahun 2008 ini (saya tidak mengatakan 'kekalahan' kerana secara teknikal, BN masih menang) --- sedikit sebanyak seharusnya juga bertitik tolak pada kemungkinan bahawa masyarakat mula mempersoalkan kewibawaan Pak Lah menerajui negara.
Jika dilihat fenomena Mawi satu ketika dahulu, saya kira salah satu sebab kejatuhan (atau kekurangan populariti) beliau pada masa ini adalah kerana pemaparan media massa yang 'over-exposed' terhadap anak Felda Taib Andak ini sejak siri Akademi Fantasia 3 berlangsung.
Exposure yang berlebihan kadangkalanya akan membuat orang naik rimas dan perlahan-lahan rasa meluat. Apatah lagi bila pemaparan itu balik-balik menceritakan betapa 'gahnya' individu atau organisasi berkenaan sekaligus memperlekeh-lekehkan orang lain. Mungkin senario yang berbeza akan terjadi andai parti-parti lain juga diberi peluang sama rata menonjolkan diri di arus media perdana. Namun sayangnya ini tidak berlaku.
Pada mulanya 'over-exposure ini hanya berkisar di stesen-stesen TV 'terrestrial' seperti RTM dan TV3. Namun apabila hampir setiap selingan iklan di Star World dan AXN juga mula memaparkan iklan BN, saya mula rasa rimas.
Memandangkan BN begitu giat memaparkan iklan-iklan TV dan suratkhabar yang pada saya 'over-exposed' berminggu-minggu sebelum hari membuang undi (tidak termasuk ampu berlebihan oleh stesen TV3), saya cadangkan BN menggunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan siri iklan 'memohon maaf' kepada masyarakat Malaysia.
Memohon maaf kerana mensia-siakan harapan masyarakat untuk melihat perubahan yang lebih baik apabila Pak Lah dilantik sebagai PM penggal sudah. Memohon maaf kerana membiarkan perhubungan mertua-menantu mencalarkan persepsi masyarakat terhadap kredibiliti Pak Lah sebagai pembuat keputusan. Memohon maaf kerana kesombongan dan 'over-confident' hingga sanggup menidakkan hakikat bahawa barisan Kerajaan adalah dipilih oleh rakyat. Memohon maaf kerana meminggirkan beberapa isu sehingga ia menjadi parah. Memohon maaf kerana adanya beberapa individu yang bersifat perkauman, chauvinis dan berkepentingan peribadi menyalah guna kuasa untuk habuan sendiri (seperti membina Mahligai Klang contohnya).
Selain dari itu, nyatakan komitmen bahawa BN akan bersungguh-sungguh melakukan perubahan dan 'rebranding' untuk memenangi semula hati masyarakat.
'Storyboard' nya mungkin tidak perlu kompleks. Cukup berlatar belakangkan putih, kemudian fade-in/out Pak Lah memohon maaf. Kemudian, barisan kabinet yang lain berdiri di belakangnya. Putarkan siri iklan ini sebagaimana kekerapan putaran iklan kempen pilihanraya tempoh hari. Jika sebelum ini, kekerapannya menimbulkan rimas, biarlah kali ini hingga orang berkata; "Yeah... ok... you apologized. Apologies accepted..."
Lebih penting lagi, maaf itu harus dilakukan dengan ikhlas dan bukannya sekadar menagih simpati atau 'publicity-stunt'.
Akhir sekali, jika dalam siri The Apprentice, Pengurus Projek sesuatu tugasan akan dipertanggungjawabkan bila sahaja pasukan itu kalah hingga mengundang kalimah popular Donald Trump, "You're Fired!!!" --- dalam konteks ini seseorang dalam BN juga harus menanggung konsekuens yang serupa.
Lakukan dengan 'gentleman'. Bukan kerana mengaku kalah. Namun kerana matang dan akur bahawa ini adalah tanggungjawab beliau.
Lagipun tiada hinanya semua ini andai dilakukan dengan ikhlas.
Malah ia akan menunjukkan karekter peribadi yang tinggi dan sifat rendah diri yang seharusnya ada dalam setiap politikus yang dilantik berdasarkan amanah dari rakyat.
Friday, March 7, 2008
Seni Khayalan #1
Saya telah mengenali Adobe Photoshop sejak mula-mula mengenali komputer. Dan telah berminat mempelajarinya sejak itu, namun tidak pernah berpeluang untuk benar-benar duduk, mentelaah dan mempraktikkan.
Hanya setelah saya bergiat dengan fotografi awal 2007 secara amatur dan mengenali Ted Adnan, salah seorang pakar pencahayaan fotografi di Malaysia, barulah saya betul-betul mampu menghasilkan sesuatu dengan perisian tersebut (walaupun masih, hmmm, amatur).
Terbaru, saya cuba berjinak dengan menghasilkan 'Fantasy Art' menggunakan Photoshop. Cabarannya ialah menggabungkan berbilang imej dan mengadunnya menjadi satu menggunakan konsep dan teknik yang memang memerlukan eksperimen dan kesabaran melampau. Mungkin 'edges' agak kasar kerana yang paling saya tak minat dalam Photoshop ialah teknik 'lasso' (sebab saya tak sabar).
Yang pertama merupakan gandingan foto keluarga Hasrul Halid. Konsepnya ialah sebuah dunia khayalan (after all that's what Fantasy Art is about, huhuhuhu). Cuba menggambarkan suatu kondisi yang abadi dan dikongsi bersama selama-lamanya.
Yang kedua adalah menggunakan foto dari laman Flickr Azya Lavigne (hope you don't mind!), salah seorang kenalan. Konsep adalah mengenai 'kecantikan yang tersembunyi'. Saya meletakkan imej Azya di celah-celah rimbunan pohon dan bunga, menanti untuk ditemukan.
Ketiga merupakan antara imej yang dirakam ketika produksi mock CHANTEK. Dimodelkan oleh Nurul, saya menggambarkan kedatangan bidadari dari kayangan yang turun ke bumi di tengah-tengah padang kegersangan.
Akhir sekali, hahahaha, menggunakan foto saya sendiri. Kesunyian di tengah cakerawala, seperti mana yang saya rasakan kadangkalanya.
Komen-komen pakar amat dihargai.
Wednesday, March 5, 2008
Kunci Kabel Sekuriti Untuk MacBook
Memandangkan saya perlu membawa MacBook ke pejabat-pejabat klien dan kemungkinan perlu meninggalkannya seketika dari masa ke semasa, saya telah membeli sebuah kunci kabel sekuriti (security cable lock) sebagai langkah keselamatan.
Penggunaannya mudah. Cuma masukkan slot kekunci ke dalam ruang yang sedia ada di casing MacBook dan memutarkan kunci. Presto!!! MacBook saya kini kemas terkunci.
Kabel kunci tadi pula harus dililit ke mana-mana objek tanpa gerak (seperti tiang meja). Menurut manual, kabel tersebut tidak dapat dipotong walaupun dengan pisau. (Ya... ruang kerja saya bersepah sedikit....)
Setelah terkunci, saya cuba menggerak-gerakkan MacBook saya untuk menguji ketahanan kunci kabel berkenaan. Bila dibuka semula kuncinya, saya dapati ruang luar lubang di casing MacBook saya terserpih. Damnnnn!!!
Ini bermaksud, jika si pencuri merentap MacBook, casing di sebelah tepinya akan tetap pecah. Plastik....
Tak apalah. Kata orang pencegahan lebih baik dari pemulihan...
p.s. Setelah mencuba beberapa kali, kunci kabel sekuriti ini terus tidak boleh digunakan. Gerigi kuncinya 'lari', menyebabkan kunci tidak dapat masuk ke dalam slot dengan betul. Kena bawa semula ke kedai esok. Damnnn lagi!!!!
Tuesday, March 4, 2008
Malik Deen: Ada Yang Tak Mampu Ku Lupa
Dalam hidup ada kalanya seseorang yang kita temui mampu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri, sehingga kenangan-kenangan bersama beliau kekal menjadi imej-imej gerak yang seolah-olah sedang berada di hadapan mata --- walaupun kenangan tersebut telah berlalu berpuluh tahun lamanya.
Semalam, 3/3/08, dalam pukul 8.30pm, saya menerima panggilan telefon dari Awein, adik perempuan saya, mengatakan "Uncle Malik telah kembali ke Rahmatullah" sekitar jam 7pm tadi. Setelah sekian lama didiagnosis dengan kanser dan menjalani beberapa siri kimoterapi, beliau dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) beberapa hari lepas di Hospital UKM (HUKM).
Uncle Malik, nama panggilan yang kami adik beradik memanggil beliau, merupakan salah seorang rakan baik ayah kami. Bila difikirkan, rasanya beliaulah rakan baik ayah yang paling rapat dengan kami.
Reaksi spontan ketika menerima panggilan itu sebenarnya tidak begitu mengejutkan. Kebetulan saya harus menyiapkan kertas kerja penting. Namun ketika melabuhkan kepala ke bantal kemudiannya, tiba-tiba imej-imej gerak kenangan bersama Uncle Malik dan keluarganya kembali silang menyilang antara satu sama lain. Begitu jelas seperti ada pemain DVD yang memutarkannya dan saya menontonnya di kaca mimpi.
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Menariknya umur mereka tiga beradik masing-masing serupa dengan umur kami adik beradik. Saya sama umur dengan Mahani. Suraya sama umur dengan Amli, adik lelaki saya. Dan Karim sama umur dengan Awein, si adik bongsu. Umur sama, cuma jantina berlainan.
Kami tidak bertemu mereka selepas itu buat satu masa yang lama. Uncle Malik dan Auntie Hayati bercerai dan si ibu mendapat hak penjagaan anak dan membawa mereka bertiga ke Britain. Ibunya berkahwin lain. Yang saya dengar (dan kagumi) ketika itu ialah bagaimana gigihnya Uncle Malik berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya tanpa kenal penat lelah dan jemu.
Ketika mengambil kursus A-Levels, saya mendapat tahu yang anak-anak Uncle Malik ada mengirimkan surat kepadanya mengatakan mereka sayang padanya dan ingin pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama beliau. Dengan surat itu, Uncle Malik membawa kes itu semula ke mahkamah dan berjaya mendapatkan hak penjagaan bersama. Suraya dan Karim pulang ke Malaysia dan disusuli Mahani tidak lama kemudian.
Chapter 4
Itulah kali pertama saya bertemu Mahani, kakak sulung setelah sekian lama. Saya mendapat tahu beliau menggiatkan diri sebagai penari tarian kontemporari dan mengadakan persembahan di Kapitan Club. Saya berkata, andai dapat tiket percuma, saya pasti akan pergi menonton. Cuma sekadar 'penghangat bicara'. Seminggu kemudian Mahani menelefon dan menjemput saya ke persembahannya pada hujung minggu tersebut.
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter Akhir
Saya berada di tapak perkuburan Bukit Kiara sekitar 10.30 pagi tadi dengan ayah (yang datang 'all the way' dari kampung) dan ramai rakan taulan. Jenazah tiba sekitar jam 11am dan tapaknya berhampiran dengan pusara Mahani. Suraya sempat tiba dari Singapura sebaik sahaja jenazah hendak diturunkan ke liang lahad.
Suraya merayu-rayu; "Please... let me have a look at his face for the last time". Sepupu Uncle Malik yang menguruskan jenazah memberi isyarat tidak boleh.
"PLEASE... HE'S MY FATHER!!!!". Isyarat yang sama. Tidak boleh. Suraya kelihatan amat kecewa.
Entahlah... saya masih cuba mencantumkan keping-keping kenangan di antara keluarga kami dan keluarga Uncle Malik. Namun yang pasti, jauh di sudut hati saya percaya bahawasanya jam 7pm semalam ketika roh beliau tercabut dari jasad, Mahani sudahpun menunggu beliau di Sana. Dan ketika di Padang Mahsyar, memimpin tangannya memasuki pintu syurga.
Uncle Malik, we'll miss you.
Al-Fatihah.
Monday, March 3, 2008
Laman Web CV Ambo!
Ketika mula-mula mengenali Internet sejuta lapan ratus tiga puluh tahun yang lalu, saya telah mencuba-cuba menggubah laman web sendiri. Ketika itu (rasaya) saya menggunakan perisian Netscape Navigator Gold (yang kini sudah pupus). Laman asas itu berjaya disiapkan (dan diupload) hanya dalam satu malam. Tiada template yang saya gunakan (bukan macam sekarang, melambak-lambak!).
Itulah laman web curriculum vitae saya yang pertama. Tiada yang 'fancy'. Cukup sekadar 'functional' untuk mencari kerja dan memudahkan rujukan klien.
Itu rasanya sekitar 1999. Website tersebut juga telah 'hilang' dari ruang siber setelah beberapa syarikat hosting berpindah milik dan servis yang pada asalnya percuma tiba-tiba menjadi berbayar!
Masa berlalu, saya melakukan beberapa updates, terutamanya mengeluarkan kaedah 'frame' yang sudah ketinggalan zaman. Pada tahun 2002, saya membangunkan laman web baru.
Laman ini kekal sehingga kini. Walaupun maklumat di dalamnya sudah ketinggalan zaman (kali terakhir kemaskinian ialah pada Oktober 2002!), namun links untuk memuat turun segala sijil-sijil yang berkaitan masih lagi berfungsi (last time I checked). Warnanya yang kekuningan... urghhhh!!!
Kini saya sedang membangunkan laman web CV baru.
Alang-alang MacBook ini dah dilengkapi perisian iWeb yang khusus digunakan untuk membangunkan laman web, apa salahnya mencuba...
Saya akan maklumkan bila saja laman itu siap. Watch this space!
My Work Tools
Apa yang seorang perunding merangkap penulis perlukan untuk bekerja?
Sejak mengenali alam Mac OSX, tidak banyak sebenarnya:
Saturday, March 1, 2008
CHANTEK Di Blog Ted Adnan
Saya merasa bertuah kerana Ted Adnan sudi mempromosikan CHANTEK di dalam blog lighting beliau.
Ted Adnan merupakan salah seorang fotografer tersohor di Malaysia dan digelar 'sifu' oleh mereka yang seangkatan. Beliau merupakan salah seorang fotografer yang mana kebanyakan imej dalam CHANTEK telah menerima sentuhan peribadinya.
Berikut adalah entri di dalam blog beliau:
A book assignment from last year…
I had a late nite teh tarik session with my Client and friend Mr Asrul, during the drinking session *grins* he passed me a book….
..which he penned the prose and I photographed most of the images…
The pictures of the senior citizens were made with available light only….
..while a few shots were strobed with portable flash…
..we went to loadsa ‘exotic’ locales in the City of Kuala Lumpur
Fizlee is part of the production team…
My crew, buyid, jacko and al marhum palie..
The project was given the go ahead in July 2007 and printing was completed in December 2007. The book is to be launched end of January 2008. As soon as I get the exact date I let you know.
Meanwhile, from time to time, I will post up the more image that I shot for the book abd some behind the scene images made by my assistants as well. Just watch this space lah….
Memblog Dengan Ecto
Posting ini sekadar percubaan.
Berbanding Yahoo!Groups dahulu, saya akui mengirim posting ke Blogspot agak 'terlebih kerja' memandangkan perlunya sedikit pengetahuan tentang selok-belok HTML. Jika dahulu, saya boleh saja mengarang (dan format) posting menggunakan HTML melalui perisian emel seperti AppleMail atau Outlook Express. Dengan Blogspot saya tidak boleh melakukannya secara langsung, ataupun hasilnya tidak akan menjadi seperti yang dijangkakan, terutamanya bila melakukan format terhadap imej/foto.
Melalui pencarian dan kajian, saya menemui perisian Ecto yang direka khusus untuk memblog menggunakan Mac OSX.
Jika saya tidak memadamkan posting ini, bermakna percubaan ini berhasil!